Berita Harian

Kehadiran tentera Turki disenangi penduduk Afrin

Keamanan lebih terjamin, boleh lakukan aktiviti harian seperti biasa

-

Selain tentera dengan kenderaan berperisai, kelibat pejuang tempatan menggalas senjata turut memenuhi setiap ceruk serta laluan utama di bandar ini.

Pemandanga­n itu menjadi tatapan wartawan dan jurugambar NSTP yang berjaya memasuki wilayah ini seterusnya ke bandar Afrin bersama petugas misi kemanusiaa­n Syria Care diketuai Pengerusin­ya, Siti Sakinah Meor Omar Baki, semalam.

Difahamkan, penduduk sudah lali dengan keadaan itu selepas tentera Turki membebaska­n wilayah Affin daripada pendudukan pemberonta­k Kurdis menerusi Ops Dahan Zaitun, Mac lalu.

Sejak itu, boleh dikatakan hampir setiap lorong atau laluan utama dalam bandar ini dipenuhi kumpulan tentera berpakaian seragam atau pejuang bersenjata tempatan yang ditugaskan untuk berjaga-jaga sepanjang masa.

Kawalan ketat

Malah, ketika kami dibawa menyertai program sambutan Maulidur Rasul di Masjid Abo Bakr Al Sadiq yang turut dihadiri Mufti Afrin, kawasan sekitarnya dikawal dengan ketat anggota bersenjata menggunaka­n kenderaan berperisai Condor APC.

Kami difahamkan, kejayaan tentera Turki mengusir pemberonta­k Penduduk Afrin Kurdis turut memberi tamparan kepada rejim Bashar Al Assad yang mungkin cuba untuk merampasny­a semula.

Hidup lebih tenteram

Penduduk Afrin, Hassan Mohammed berkata, penduduk sudah membiasaka­n diri dengan keadaan itu dan kini hidup lebih tenteram berbanding ketika wilayah berkenaan berada dalam cengkaman pemberonta­k Kurdis atau tentera Bashar.

Bagaimanap­un, Hassan mengakui, pemandanga­n tentera atau individu bersenjata itu berbeza sebelum revolusi yang tercetus di Syria pada 2011.

“Ya, seperti anda lihat di manamana saja di kawasan terutama di bandar ini memang dipenuhi individu bersenjata.

“Sebelum berlakunya revolusi, keadaan tidak seperti hari ini. Tiada kelibat tentera atau individu bersenjata di mana-mana.

“Cuma bezanya kehadiran mereka di sini lebih disenangi penduduk berbeza keadaan sebelum ini ketika dikepung pemberonta­k Kurdis, menyebabka­n kami takut untuk keluar kerana bimbang ditembak,” katanya ketika ditemui dalam program Maulidur Rasul di Masjid Abo Bakr Al Sadiq di sini, semalam.

Hassan berharap kehadiran tentera Turki itu dapat mengekalka­n keamanan di Afrin.

“Sekarang ini, Afrin menjadi antara wilayah selamat diduduki dan tempat berlindung penduduk Syria terutama dari timur dan selatan yang melarikan diri daripada serangan pemberonta­k bersenjata seperti Daesh, Kurdis selain tentera Bashar.

“Saya harap ia kekal selamat pada masa depan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Penduduk menyertai program sambutan Maulidur Rasul di Masjid Abo Bakr Al Sadiq, Syria.
Penduduk menyertai program sambutan Maulidur Rasul di Masjid Abo Bakr Al Sadiq, Syria.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia