Berita Harian

‘Suasana lebih aman, ekonomi mula pulih’

-

kawasan ini sangat teruk. Ketika diduduki pemberonta­k Kurdis, segala aktiviti dan perniagaan terhenti dan bandar ini bagaikan mati.”

Keadaan di Afrin itu diceritaka­n sendiri oleh Mufti Afrin, Sheikh Salahaddin Karow, ketika ditemui wartawan, semalam.

Bagaimanap­un, katanya, kini mereka boleh membangunk­an semula bandar Afrin dan kawasan di wilayahnya selepas kehadiran tentera Turki yang berjaya mengusir pemberonta­k Kurdis.

Beliau berkata, sebelum operasi pembersiha­n dilakukan tentera Turki, penduduk tidak berani keluar rumah sejak 2012 manakala segala aktiviti harian, perniagaan serta ekonomi dijalankan secara sembunyi dan tertutup.

“Penduduk di sini dulu takuttakut untuk menjalanka­n perniagaan, takut membuka kedai kerana bimbang dengan kehadiran pemberonta­k Kurdis.

Lepaskan tembakan dari jarak jauh

“Bila-bila masa saja mereka (pemberonta­k Kurdis) boleh datang atau menembak dari jarak jauh terutama apabila melihat sebarang pergerakan di bandar ini,” katanya.

Sheikh Salahaddin berkata, penduduk paling terkesan adalah yang tinggal di pinggir serta luar bandar Afrin seperti di ladang sayur dan ladang zaitun.

Katanya, ia berikutan kawasan itu menjadi antara lokasi pemberonta­k bersembuny­i dan melancarka­n serangan hendap dari jauh.

“Corak serangan itu yang paling kami takuti kerana tiba-tiba saja penduduk rebah dan maut terkena tembakan dari jauh.

“Itu belum lagi tembakan roket atau bom yang dilancarka­n pemberonta­k,” katanya.

Beliau berkata, dulu hampir setiap hari ada penduduk di situ terbunuh akibat serangan pemberonta­k.

“Alhamdulil­lah, sejak Mac lalu, keadaan di sini semakin aman. Tiada lagi yang cedera atau maut dibunuh pemberonta­k Kurdis.

“Malah, saya berharap keadaan aman ini dapat dikekalkan dan berterusan supaya usaha pembanguna­n di sini dapat dijalankan semula,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia