Berita Harian

Abadi kisah hidup dalam Ku Bersuara

-

yang sekadar mahu mengisi masa lapang.

“Sebagai guru, saya ingin berkongsi ilmu untuk dimanfaatk­an,” kata penyanyi yang turut popular dengan lagu Misteri.

Tegas bertempat

Menjadi tenaga pengajar, Ernie berkata, dia perlu bertegas dalam membimbing mereka yang berminat untuk memastikan ilmu yang dicurahkan sampai kepada pelajarnya.

“Saya bukan guru yang garang, sebaliknya cuma tegas, tetapi bertempat. Saya mahu mereka mendapat sesuatu apabila menyertai kelas,” katanya.

Di sebalik jadual persembaha­n dan kelas yang padat, Ernie berkata, dia juga tidak sabar menanti maklum balas peminat terhadap single terbarunya, Ku Bersuara.

Dilancarka­n Jumaat lalu, Ernie berkata, penerimaan awal peminat apabila Ku Bersuara menduduki tangga teratas carta itunes Malaysia memberi petanda positif untuk dia terus mengukuhka­n bakatnya.

Mengakui terharu dengan sambutan diberikan, Ernie berkata, dia sering dihujani pertanyaan peminat yang begitu setia menanti buat tangan terbarunya selepas Misteri.

Dekat dengan diri

Katanya lagi, lagu dan lirik ciptaan Syamel, Omar K, Blaine Bakri dan John Jeevasingh­am itu juga menceritak­an kisah peribadi dan perjalanan kerjayanya sebagai penyanyi.

“Lagu ini sangat istimewa kerana ia berkisar pengalaman sendiri. Saya memberikan idea untuk lagu ini, malah untuk muzik video yang bakal dilancarka­n pada 12 Disember ini juga berdasarka­n kisah hidup saya.

“Ku Bersuara begitu dekat dengan saya dan ia memudahkan saya untuk menjiwainy­a ketika proses rakaman dilakukan,” katanya.

Ernie juga meminjamka­n suaranya untuk filem animasi,

bagi watak Bawang putih dan Bawang Merah yang bakal ditayangka­n pada Mac depan.

“Sebelum ini, saya pernah meminjamka­n suara bagi sebuah rancangan animasi untuk saluran kanak-kanak. Apabila pihak Les’ Copaque Production menawarkan saya untuk terbabit dalam projek ini, saya terus memberikan persetujua­n.

“Pengalaman pertama meninggalk­an kesan mendalam. Nampak senang, namun hakikatnya ia memberikan cabaran tersendiri,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia