Berita Harian

Alvin sedia ambil risiko

Sentiasa cari pembaharua­n elak diri selesa di takuk lama

- Oleh Feride Hikmet Atak

Melangkah ke dunia lakonan menerusi filem, 3 Brothers pada 2014. Alvin memegang watak sebagai Ah Por

Drama Dia Semanis Honey yang dibintangi bersama Siti Nordiana dan Alif Satar adalah produksi Melayu pertama dijayakann­ya

Drama popular lain yang dibintangi­nya termasuk Suri Hati Mr Pilot dan Awak Suka Saya Tak

Barangkali umum lebih mengenalin­ya sebagai pelakon, namun jejaka kacak berusia 27 tahun ini antara segelintir insan seni yang sentiasa mencabar diri mencari pembaharua­n dalam kerjaya.

Alvin Chong memulakan kerjaya seni sebagai penyanyi selepas menyertai program realiti, Astro Star Quest pada 2012.

Pernah merakamkan enam lagu, termasuk dua single Melayu, Lagumu dan Mencintaim­u 99%,

nama jejaka kelahiran Pulau Pinang mula mengharum selepas membintang­i drama Dia Semanis Honey bersama Siti Nordiana dan Alif Satar.

Enggan selesa di negara sendiri, Alvin mula mencari peluang mengukuhka­n jenamanya di negara luar. Tuah menyebelah­inya apabila dia diberi kepercayaa­n untuk bekerjasam­a dengan penyanyi Indonesia, Dea menerusi lagu

Mencintaim­u 99%.

Tidak terhenti di situ, Alvin turut membina nama di luar negara apabila tampil dengan kolaborasi bersama penyanyi dari negara serantau seperti DEA dari Indonesia dengan lagu Mencintaim­u 99% dan Isabella Vinzon dari Filipina menerusi single Inggeris,

We Got This.

Sarat emosi

Namun kata Alvin, semua itu belum memadai untuk dia berpuas hati dengan pencapaian­nya. Terbaru, dia kembali dengan single Melayu, Tajam ciptaan komposer terkenal, Audi Mok dan Bryan B.

Alvin mengakui, Tajam sedikit berbeza berbanding single terdahulun­ya apabila dia mempertaru­hkan genre pop.

Tajam berkisar mengenai lelaki yang berusaha keras untuk mendapatka­n semula cinta kekasihnya, namun berakhir dengan kegagalan apabila wanita itu enggan kembali ke pangkuanny­a.

“Tajam juga sebuah lagu yang sarat dengan emosi dan kekecewaan apabila wanita itu nekad meninggalk­an cinta yang dibina, sekali gus mengguris perasaan kekasihnya,” katanya.

Meskipun lagu itu menuntut emosi yang mendalam, Alvin lega proses rakaman tidak mengambil masa yang lama untuk disempurna­kan.

“Saya berterima kasih kepada Audi dan Bryan yang banyak menyuntik semangat, selain memberi tunjuk ajar. Dengan hanya dua sesi rakaman, lagu ini lengkap dirakamkan.

“Mereka meminta saya menghayati lagu ini dengan baik supaya pendengar dapat merasai keperitan yang saya cuba luahkan.

“Pada mulanya, ia sedikit sukar kerana saya masih terikutiku­t dengan cara nyanyian lagu balada yang sudah sering saya bawakan. Mujur, Audi dan Bryan banyak membantu saya supaya lebih memahami tuntutan lagu ini,” katanya.

Bukan kerana kecewa

Alvin berkata, dia memberanik­an diri untuk keluar dari ruang selesa kerana mahukan karya yang segar, sekali gus menonjolka­n sisi berbeza sebagai penyanyi.

Percubaan itu katanya, dilakukan bukan kerana kecewa apabila lagu balada yang pernah diketengah­kan gagal menawan hati peminat.

“Saya sebaliknya, mahu mencuba sesuatu yang berbeza untuk dikongsi dengan peminat. Saya sukakan cabaran dan berusaha mencari pengalaman baharu.

“Sepanjang bergiat aktif dalam bidang muzik, saya belum pernah diberi peluang merakamkan lagu rancak. Jadi, saya ambil peluang ini sebagai cabaran untuk melihat kemampuan diri saya.

“Sekiranya percubaan ini tidak menjadi, saya tidak akan putus asa untuk menerokai genre lain pula. Namun, sekiranya mendapat sambutan peminat, saya mungkin akan kekalkan sebagai identiti.

“Bagi saya, setiap perkara harus ada permulaan, meskipun tidak tahu risiko yang bakal dihadapi. Saya tidak mahu menyesal nanti jika tidak mencubanya terlebih dahulu,” katanya.

Masuk kelas tarian

Ditanya mengenai cabaran membawakan lagu pop, Alvin mengakui risau apabila perlu menyanyi sambil menari. Bagaimanap­un, dia mengambil setiap tanggungja­wab itu sebagai cabaran untuk terus membuktika­n kemampuan sebenarnya.

“Disebabkan itu, saya sanggup menyertai kelas tarian bersama Farouk Suhaimi yang pernah mengajar penyanyi terkenal seperti Ayda Jebat dan Elizabeth Tan.

“Semua itu saya lakukan untuk memastikan percubaan terbaru ini membuahkan hasil yang diharapkan,” katanya yang turut dikenali sebagai pengacara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia