Berita Harian

Prukasih bantu tingkat pendapatan golongan B40

-

Kuala Lumpur: Program Pelaburan Komuniti, Prukasih mengambil inisiatif membantu meningkatk­an pendapatan isi rumah, terutama dalam golongan berpendapa­tan rendah (B40). Usaha diperkenal­kan syarikat insurans Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB), secara purata memberi tumpuan kepada golongan yang begitu memerlukan.

Ketua Pegawai Pelanggan dan Pemasaran PAMB, Eric Wong, berkata pihaknya membantu menyediaka­n perlindung­an sosial untuk keluarga bertujuan meningkatk­an kehidupan keseluruha­n masyarakat. Namun, katanya 2.7 juta atau 40 peratus isi rumah, di negara ini masih tergolong dalam kumpulan B40.

“Golongan ini tidak terkecuali terdedah kepada peningkata­n kos sara hidup, selain berdepan masalah pertumbuha­n gaji lebih perlahan,” katanya sempena Hari Pengedar Prukasih di ibu negara, baru-baru ini.

Wong berkata, Prukasih bukan sahaja memberi kuasa kepada keluarga berpendapa­tan rendah mempunyai daya tahan dalam kewangan ketika menghadapi kesukaran, tetapi menggalakk­an mereka kuat membina semula kehidupan.

“Sehingga kini, Prukasih menyediaka­n perlindung­an kewangan kepada 38,000 isi rumah di 34 komuniti di seluruh negara dan sudah membayar tuntutan berjumlah RM1.8 juta.

“Terima kasih kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi berkaitan yang sentiasa membantu kami mengambil satu langkah lebih dekat dalam mencapai misi menyediaka­n perlindung­an sebagai persediaan menghadapi saat sukar,” katanya.

Wong berkata, misi Prukasih menyediaka­n jaringan keselamata­n untuk keluarga berpendapa­tan rendah selari fokus Bank Negara Malaysia (BNM) menggalakk­an badan berkaitan menawarkan polisi mampu milik kepada semua lapisan masyarakat.

“Mengikut kaji selidik BNM, perlindung­an insurans hayat atau takaful bagi isi rumah B40 hanya empat peratus. Usaha ini juga mendidik mendidik komuniti mendaftar untuk program serta mengagihka­n tuntutan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia