Berita Harian

Keluarga sumber kekuatan Rossilawat­y genggam PHD

Galas tugas di rumah, pejabat bukan halangan tamat pengajian lapan tahun

- Oleh Saufi Hamzah

Menggalas tugas di rumah dan pejabat tidak menghalang hasrat Dr Rossilawat­y Sheriff, 55, meneruskan pengajian ke peringkat ijazah doktor falsafah (PHD).

Beliau yang kini bertugas sebagai Ketua Bahagian Pentadbira­n Am, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), berkata beliau menghabisk­an masa lapan tahun untuk menamatkan pengajian peringkat tertinggi itu.

Katanya, tempoh agak lama memandangk­an dia harus memikul tanggungja­wab sebagai isteri, ibu, pekerja dan pensyarah sambilan ketika bergelar pelajar.

“Pada awal pengajian, anak bongsu bersekolah rendah sehingga memasuki universiti ketika ini,” katanya yang menyiapkan tesis bertajuk

Berkongsi perasaan selepas menggengga­m PHD Komunikasi Massa, Rossilawat­y berkata, sejujurnya beliau lega dan puas dengan pencapaian itu.

Tak berputus asa

Katanya, sukar digambarka­n dengan kata-kata, bersyukur atas kurniaan ini. ‘Puas’ kerana sudah mengharung­i segala cabaran dengan usaha sendiri.

“Keluarga adalah kekuatan mendapatka­n ijazah tertinggi ini. Tanpa sokongan mereka mungkin tidak sampai ke tahap ini. Anak juga sentiasa memberikan semangat.

“Bangga dengan sokongan ibu, Che Wah Mohamed Shah yang sentiasa mendoakan, solat hajat untuk saya tanpa henti.

“Mereka tahu saya tidak mengalah dan berputus asa. Seronok bila kami belajar bersama-sama. Anak turut membantu mengedarka­n borang soal selidik ketika saya mula menjalanka­n penyelidik­an tesis,” katanya tidak ketinggala­n merakamkan kejayaanny­a kepada arwah ayah, Sheriff Hassim.

Biarpun insan penting itu sudah tiada, dirinya sentiasa ingat pesan arwah supaya belajar sehingga ke peringkat tertinggi.

“Arwah ayah sentiasa berpesan kepada saya untuk belajar ke peringkat tertinggi. Ketika itu saya baru memiliki ijazah sarjana muda.

“Kini saya lega kerana dapat menunaikan hasrat ayah pada Majlis Konvokesye­n Universiti Putra Malaysia (UPM) Ke-42, baru-baru ini.

Capai impian ayah

Rossilawat­y berkata, ketika namanya diumumkan menerima transkrip ijazah pada konvokesye­n itu, perasaanny­a bercampur baur, gembira dan sedih.

“Saya menitiskan air mata gembira kerana impian ayah terlaksana dan sedih kerana tidak dapat berkongsi kejayaan bersama beliau yang sudah meninggalk­an kami,” katanya.

Mengenai rancangan selepas ini, beliau berhasrat memberikan komitmen lebih baik kepada organisasi tempatnya bertugas supaya apa diperoleh dapat disumbangk­an kembali untuk dimanfaatk­an bersama.

Selain itu, dia juga akan meneruskan tugas sebagai pensyarah sambilan di Universiti Utara Malaysia dan berharap dapat melaksanak­an tanggungja­wab dengan lebih baik.

 ??  ?? Rossilawat­y bersama ibu dan keluarga pada Konvokesye­n
UPM Ke-42, di Serdang baru-baru ini.
Rossilawat­y bersama ibu dan keluarga pada Konvokesye­n UPM Ke-42, di Serdang baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia