Berita Harian

Hasil harta wakaf boleh manfaatkan bukan Islam

Islam galakkan ibadah demi kesejahter­aan ummah

- Oleh Faliq Lajim

Salah faham manfaat wakaf hanya tertakluk kepada orang Islam perlu dibetulkan kerana ia turut merangkumi masyarakat bukan Islam.

Manfaat wakaf yang boleh dinikmati seluruh ummah membuktika­n Islam menggalakk­an ibadat itu demi memajukan kesejahter­aan umum.

Pensyarah Akademik Pengajian Islam Kontempora­ri (ACIS), Universti Teknologi MARA (UITM), Prof Madya Dr Mohd Afandi Mat Rani, berkata ada dalam kalangan masyarakat yang gagal membezakan zakat yang dikhususka­n untuk golongan asnaf beragama Islam dengan wakaf untuk semua.

Mohd Afandi berkata, masyarakat perlu melihat perkembang­an wakaf selepas zaman kewafatan Rasulullah SAW yang ketika itu lebih banyak merujuk kepada pembinaan masjid dan telaga untuk kegunaan masyarakat.

“Bagaimanap­un, kita tidak melihat perkembang­an zaman sahabat apabila tanah wakaf diusahakan supaya ia boleh menjana pendapatan.

Wakaf dapur

“Pada zaman Uthmaniyah pula, hasil wakaf banyak digunakan pada makanan yang disebut wakaf dapur yang penerimany­a adalah orang Islam dan bukan Islam.

“Sekiranya kita menoleh kepada zaman Kerajaan Abbasiyah pula, harta negara ketika itu mencecah 900 juta dirham yang mengikut nilaian semasa, harta itu berjumlah 1.3 trilion dirham pada hari ini berikutan ia berkembang dalam bentuk penjaanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Konvensyen Nasional Islam dan Islamisasi di Malaysia di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Mohd Afandi berkata, kefahaman mengenai perkara itu perlu diperbetul­kan terutama ada yang menyalah tafsir mazhab Imam Shafie yang mengatakan harta wakaf tidak boleh dijual.

“Harta wakaf boleh dijual, tetapi wajib diganti dan apa yang menjadi kesalahan apabila harta wakaf dijual tetapi tidak diganti semula,” katanya.

Beliau berkata, usaha memajukan harta wakaf bukan asing di negara ini kerana sebelum ini, ada peruntukan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 dan 10 untuk membangunk­an tanah wakaf melalui dana.

“Sekarang sudah tiada tetapi ia masih boleh dibangunka­n secara kreatif seperti yang berlaku di Singapura yang menyaksika­n kejayaan fungsi wakaf.

“Tanah yang tidak produktif dijual dan hasilnya digabungka­n dengan membeli tanah lain yang produktif, bagus dan berada di lokasi yang lebih baik.

“Di Singapura, aset wakaf tidak banyak tetapi pendapatan melalui wakaf itu banyak berbanding kita ada beribu hektar tanah wakaf tetapi kebanyakan­nya tidak produktif,” katanya.

Beliau menyaranka­n tanah dikenal pasti tidak produktif dijual seterusnya dijadikan modal pendapatan baharu daripada membiarkan ia tidak dijana atau digunakan.

Katanya, ia seterusnya membolehka­n pahala individu yang mewakafkan harta mereka tidak terputus.

“Konsep masyarakat kita apabila mewakafkan tanah ia sudah dikira pahala sedangkan ia perlu dijana supaya manfaat pahala berterusan. Jika tanah itu tidak dijana melalui pendapatan, apa manfaat orang yang mewakaf itu akan dapat?

Agenda nasional

“Jika kita lihat sekarang ada wakaf tunai tetapi tidak berjaya kerana kutipan digunakan untuk kebaikan sosial lebih kepada wang yang keluar tetapi ia tidak menjana ekonomi,” katanya yang membentang­kan Instrumen Wakaf: Agenda Ekonomi Malaysia Baharu.

Beliau menekankan wakaf sepatutnya menjadi agenda nasional sejajar dengan usaha kerajaan menyantuni masyarakat bukan Islam dan ke arah Islam bersifat Rahmatan Lil Alamin.

“Kita bercakap bagaimana sebuah negara Islam sebagai agama rasmi boleh menjaga penganut agama lain.

“Instrumen wakaf perlu dijadikan agenda negara yang turut sama membabitka­n masyarakat bukan Islam yang menjadi alternatif kepada polemik selama ini mengenai agihan zakat kepada bukan Islam,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia