Berita Harian

Zakat bantu pemulihan golongan LGBT

-

Melaka: Golongan asnaf al-riqab yang layak menerima zakat, tidak lagi dikhaskan kepada orang yang perlu dibantu keluar daripada belenggu kehambaan, sebaliknya turut membabitka­n kancah maksiat dan masalah sosial.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata takrif al-riqab kini diperluas mengikut peredaran semasa dengan mengambil kira masalah sosial, krisis, penagihan dadah dan golongan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual, Transgende­r).

Beliau berkata, golongan seperti itu perlu dibantu untuk pulih kembali ke jalan sebenar melalui program bantuan asnaf zakat yang dilaksanak­an oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Daripada bertindak memakihamu­n dan menyisih mereka, lebih baik program asnaf dapat mengeluark­an mereka daripada masalah itu.

“Ada kes yang pulih daripada ‘perhambaan’ (al-riqab) itu dan menggalakk­an mereka terus pulih hingga sebahagian­nya diberi zakat itu.

“Bagaimanap­un, ia jangan disalah erti hingga menganggap asalkan LGBT, terus dapat zakat. Maksud sebenar adalah mengeluark­an atau memulihkan mereka melalui program asnaf zakat yang dijalankan NGO atau masyarakat sivil,” katanya pada Forum Zakat Sedunia (WZF) Ke-7 di Bandar Hilir di sini.

Yang turut hadir Setiausaha Agung WZF, Prof Dr Bambang Sudibyo.

Sementara itu, Bambang berkata, perbezaan pentadbira­n dan pengurusan zakat negeri menyebabka­n amalan agihan zakat tidak konsisten, manakala fatwa yang dikeluarka­n boleh menimbulka­n kekeliruan.

“Badan standard seperti Sekretaria­t Pengurusan Zakat Negerinege­ri (SPZN) sepatutnya dilaksanak­an sepenuhnya bagi menyelesai­kan hal itu, sekali gus menjadi model kepada negara lain.

“Ia juga dapat mengembali­kan keyakinan masyarakat terhadap institusi zakat bahawa agihan dijalankan secara adil dan saksama seiring pembanguna­n sosioekono­mi Muslim,” katanya.

Persidanga­n itu disertai kira-kira 300 peserta dari 25 negara anggota membabitka­n Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam, Singapura, Vietnam, India, Bangladesh, Arab Saudi, Jordan, Kuwait, dan Qatar.

Negara lain ialah Turki, Bosnia, United Kingdom, Mesir, Maghribi, Uganda, Sudan, Nigeria, Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Kazakhstan, Sri Lanka dan Maldives.

 ?? [FOTO RASUL AZLI SAMAD /BH] ?? Dr Mujahid (dua dari kiri) beramah mesra bersama peserta Persidanga­n Antarabang­sa Forum Zakat Dunia 2018 di Melaka.
[FOTO RASUL AZLI SAMAD /BH] Dr Mujahid (dua dari kiri) beramah mesra bersama peserta Persidanga­n Antarabang­sa Forum Zakat Dunia 2018 di Melaka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia