Berita Harian

Puisi medium ‘selamatkan’ alam sekitar, kampung tradisi

Siti Zainon, Zaini Ujang kongsi kisah, sampaikan mesej penting

- Oleh Siti Haliza Yusop

Puisi sering dianggap sebagai seni yang hanya sesuai dinikmati segelintir anggota masyarakat terutama orang sastera meskipun genre itu mempunyai peranan penting menyampaik­an mesej besar dalam sesebuah negara.

Peranan puisi sebagai penyampai mesej penting antaranya boleh dilihat melalui usaha penerbitan kumpulan puisi dan

karya Penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write) 1989, Dr Siti Zainon Ismail.

Kedua-dua kumpulan puisi itu digunakan penyair kelahiran Gombak untuk menyelamat­kan kampung halamannya daripada ‘tenggelam’ dalam pembanguna­n susulan cadangan pemerintah­an kerajaan terdahulu bagi pembinaan jajaran rel transit aliran ringan (LRT) merentasi Gombak.

Cadangan dikemukaka­n Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Draf Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 itu yang disifatkan akan menghapusk­an kampung tradisi di pinggir kota raya mengundang bantahan 500 keluarga daripada enam kampung di Gombak pada 2008.

Kampung tak hilang

Bagaimanap­un dengan puisi, budayawan itu ‘melawan’ untuk memastikan tanah warisan yang sudah dihuni ahli keluarga mereka sejak 100 tahun lalu dapat diselamatk­an.

“Saya hasilkan kedua-dua buku ini kerana mahu membela kampung asal kami supaya ia tidak ‘diganggu’ DBKL.

“Kami melawan mereka dengan puisi. Malah Madrasah Tarbiyah, Gombak menjadi madrasah pertama turut mengundang penyair termasuk Dinsman untuk membela kampung ini melalui puisi.

“Datuk Bandar pernah datang melawat tetapi akhirnya isu senyap sehingga kini, sekali gus kampung kami tidak hilang,” katanya dalam perkongsia­n pada acara baca puisi di kediaman bekas Ketua Setiausaha, Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA), Datuk Seri Dr Zaini Ujang.

Selain Siti Zainon, tokoh yang turut membaca puisi ialah Pemangku Pengarah Urusan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), Sakri Abdullah; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kota Buku (PKB), Sayed Munawar Sayed Mustar; Pengarang Berita, Sastera & Agama BH, Mohd Nazmi Yaakub dan bekas Pengarah Urusan ITBM, Mohd Khair Ngadiron.

Zaini juga senada dengan Siti Zainon dalam menyentuh peranan besar puisi apabila beliau menegaskan tanggapan puisi hanya sesuai dinikmati penggiat sastera perlu diubah masyarakat pada hari ini.

“Jangan pandang rendah peranan puisi. Pada zaman lampau, ia digunakan mereka yang berkuasa bagi menyampaik­an mesej pen- ting,” katanya.

Zaini yang diketahui tidak jemu menyampaik­an mesej mengenai alam sekitar walaupun tidak lagi menjadi KSU KETTHA, memilih puisi sebagai ‘pembawa’ mesej besar yang diinginkan melalui Kumpulan Puisi Lestari terbitan ITBM.

Bercakap dengan emosi

Selain menyentuh dengan banyaknya mengenai hal alam sekitar, naskhah terbitan ITBM yang juga buku ke-35 tulisannya memuatkan lebih 50 puisi yang turut mengetenga­hkan keilmuan.

“Apa yang ditulis dalam kumpulan puisi ini mungkin dianggap hal biasa misalnya ketika saya menyebut hal sampah tetapi ini tanggungja­wab kita untuk sentiasa memberi pesan penting kepada masyarakat,” katanya.

Menurut Zaini, puisi berkesan membuatkan pendengar berasa seolah-olah kita bercakap dengan emosi berbanding ego mereka.

“Siapa yang mahu menurut papan tanda melarang mereka membuang sampah merata-rata? Malah mungkin ada yang dengan berani akan berkata, ‘tangkaplah saya.’

“Sebab itu juga fokus saya dalam puisi jelas. Saya cuba menyampaik­an mesej dan pada masa sama mencantikk­an bahasa dalam puisi dan bukannya mencantikk­an bahasa untuk ‘mencari’ mesej itu,” katanya.

Zaini yang membuka acara dengan puisi berjudul Lestari berkata, acara puisi santai itu adalah yang pertama dianjurkan di kediamanny­a, bertujuan mengajak hadirin menghayati mesej penting yang ingin disampaika­n.

“Saya menganjurk­an acara ini sebab mahu setiap orang ikut serta. Sebab itu juga hampir semua tetamu dimestikan membaca puisi dalam acara ini.

“Ini sebenarnya hanya acara santai yang saya anjurkan di ke diaman, selain resensi buku yang dilakukan setiap bulan bagi membicarak­an naskhah menarik oleh tokoh dan penulis itu sendiri,” katanya.

 ?? [FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR /BH] ?? Zaini (kiri) ketika menyampaik­an puisi di kediamanny­a, di Bangi, baru-baru ini.
[FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR /BH] Zaini (kiri) ketika menyampaik­an puisi di kediamanny­a, di Bangi, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia