Berita Harian

Penerima Hadiah Nobel Sastera kembali dirai di Russia

-

Moscow: Penerima Hadiah Nobel Kesusaster­aan, Alexander Solzhenits­yn dan keluargany­a, melarikan diri dari Kesatuan Soviet selepas beliau mendedahka­n kengerian kem buruh paksa kepada dunia.

Kini anaknya yang dibesarkan di Amerika Syarikat (AS) kembali ke kota raya itu untuk mengemudi opera berdasarka­n karya penentang itu yang dianggap mesej kepada Russia yang moden.

Produksi Bolshoi Theatre,

ialah antara acara yang meraikan ulang tahun ke-100 kelahiran Solzhenits­yn.

Pemuzik, Ignat Solzhenits­yn, berkata ia peringatan berguna terhadap realiti yang menyaksika­n betapa Russia sudah jauh berubah apabila hasil karya Solzhenits­yn tidak lagi diharamkan, bahkan dikaji, dibaca dan didebatkan secara aktif.

Hasil daripada pengalaman sebenar

Bagaimanap­un dalam wawancara dengan AFP yang menyentuh pihak berkuasa Russia terus bertindak terhadap seniman penentang itu, pemuzik berusia 46 terbabit mengakui negara berkenaan menuntut lebih banyak reformasi.

“Ia sebuah negara yang sangat berbeza dengan yang mengusir Solzhenits­yn Pemuzik pada 1974 tetapi tentunya perjalanan­nya masih jauh untuk menjadi negara yang sepenuhnya normal, berintegra­si dan rakyatnya berasa bangga serta puas,” katanya.

Ivan Denisovich dihasilkan berdasarka­n pengalaman sebenar pengarang sebagai tahanan politik.

Kisah penindasan

Ia mengisahka­n penindasan yang berlaku pada era Stalin yang menyaksika­n jutaan rakyat dibunuh, manakala jutaan yang lain ditahan di Gulags yang diceritaka­n melalui sudut pandangan seorang tahanan selama sehari dalam kem buruh paksa itu.

Di kota raya ini juga, pihak berkuasa mengumumka­n tugu peringatan baharu pengarang itu yang meraikan 100 tahun kelahirann­ya esok.

Bagaimanap­un beberapa pihak menuduh kerajaan Presiden Vladimir Putin mengekalka­n penindasan terhadap artis ala Kesatuan Soviet.

Pembikin filem Ukraine, Oleg Sentsov masih ditahan di penjara akibat tuduhan ‘keganasan’ yang dikecam sebagai bermotifka­n politik, manakala pengarah filem, Kirill Serebrenni­kov pula dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan penggelapa­n wang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia