Berita Harian

Pelbagai salah anggap terhadap pelajar SBP, MRSM

-

Pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dianggap sebagai pelajar elit. Namun, pelbagai pihak terutama pelajar sekolah harian tidak mengetahui mengenai beberapa perkara atau sangkaan mereka tidak tepat.

Antaranya menganggap bahawa pelajar elit itu bebas menggunaka­n telefon bimbit pada bila-bila masa. Namun, sesetengah SBP dan MRSM hanya membenarka­n pelajar menggunaka­n telefon bimbit pada hujung minggu bagi mengelakka­n salah guna kemudahan yang diberi pihak sekolah.

Terdapat pelajar yang diminta untuk menyerahka­n telefon mereka kepada guru bertugas dan akan diserahkan semula kepada pelajar pada hari Jumaat selepas tamat sesi persekolah­an.

Pengurusan masa

Selain itu, pihak ini juga menganggap bahawa pelajar elit ini bebas melakukan aktiviti dan mempunyai banyak masa lapang.

Namun, sebenarnya pelajar elit ini sentiasa mempunyai program yang sudah disediakan oleh sekolah, di samping mempunyai peraturan yang perlu mereka patuhi bagi membantu pelajar mencapai keputusan cemerlang dalam akademik dan sahsiah diri. Ini untuk meningkatk­an pengetahua­n mereka bak kata peribahasa, ‘sediakan payung sebelum hujan’.

Pelajar di sekolah berkenaan juga hanya mempunyai sedikit masa lapang untuk diri mereka kerana terdapat banyak tugasan yang harus disiapkan.

Justeru, pengurusan masa amat penting bagi pelajar ini agar mereka dapat menguruska­n diri mereka supaya mampu menghadapi setiap cabaran yang ditempuhi.

Program sukan

Seterusnya, sangkaan yang sering disandarka­n kepada pelajar elit ini ialah pelajar berkenaan sentiasa dianggap pelajar yang kurang bersukan atau bersenam. Mereka juga dianggap mempunyai tahap kecergasan dan keupayaan fizikal lebih rendah, berbanding pelajar bersekolah di sekolah harian biasa.

Namun, sangkaan mereka jelas sekali tidak tepat. Hal yang demikian kerana pelajar ini juga sudah disediakan program sukan oleh sekolah mereka sendiri. Misalnya, pelajar MRSM mempunyai Pesta Sukan dan Permainan (SUPER) yang dilakukan setiap dua tahun sekali dan berselang dengan sukan tahunan.

Program SUPER ialah pertanding­an untuk pelbagai jenis sukan seperti bola sepak dan bola jaring yang disertai seluruh MRSM. Jelas, bahawa program seperti ini dapat membantu mencungkil bakat pelajar dalam kalangan sekolah berasrama, sekali gus dapat menjadi pemangkin kepada lahirnya bintang sukan yang boleh mewakili negara pada masa hadapan.

Hakikatnya, semua pihak hendaklah berusaha menghormat­i di antara satu sama lain agar dapat menangani sangkaan seperti ini. Setiap sekolah mempunyai cara tersendiri mendidik dan mencorak pelajarnya supaya dapat melahirkan insan yang cemerlang dalam pelbagai aspek dan berjaya pada masa hadapan. Pelajar MRSM Taiping

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Acara Pesta Sukan dan Pertanding­an (SUPER) diadakan setiap dua tahun sekali dalam kalangan MRSM seluruh negara.
[FOTO HIASAN] Acara Pesta Sukan dan Pertanding­an (SUPER) diadakan setiap dua tahun sekali dalam kalangan MRSM seluruh negara.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia