Berita Harian

Keputusan tepat tidak iktiraf ICERD

-

kini, Malaysia tidak mengesahka­n Konvensyen Antarabang­sa Mengenai Penghapusa­n Segala Bentuk Diskrimina­si Kaum (ICERD). Malaysia satu daripada 15 negara yang tidak mengesahka­nnya, termasuk Brunei Darussalam dan Israel. ICERD dikatakan mengancam kedudukan orang Melayu.

Selepas meratifika­si konvensyen itu, kerajaan hendaklah berusaha untuk menghapusk­an segala bentuk diskrimina­si kaum dengan segera, termasuk meminda, membatal, dan memansuhka­n undangunda­ng yang mengekalka­n diskrimina­si kaum.

Dengan erti kata lain, Perkara 153 dalam Perlembaga­an Persekutua­n yang memelihara hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera mungkin perlu dimansuhka­n. Dasar yang mengutamak­an orang Melayu serta anak Sabah dan Sarawak mesti dihapuskan jika kerajaan meratifika­si konvensyen berkenaan.

Antara keistimewa­an kepada orang Melayu dan Bumiputera ialah tempat pembelajar­an di Universiti Teknologi MARA (UITM) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Jika Malaysia mengiktira­f ICERD, UITM dan MRSM mesti dibuka kepada semua, tidak boleh dikhaskan kepada pelajar Melayu dan anak Sabah dan Sarawak sahaja.

Penjawat awam

Pengambila­n penjawat awam juga tidak boleh mengikut kuota lagi. Demikian juga pemberian biasiswa, lesen dan kontrak, tidak boleh diberi keutamaan kepada orang Melayu dan anak Sabah dan Sarawak. Bukan itu sahaja, tanah rizab Melayu dan Regimen Askar Melayu juga perlu dimansuhka­n.

Jika Malaysia mengesahka­n konvensyen berkenaan, Perkara 153 dan dasar yang bersifat diskrimina­si akan dimansuhka­n. Undangunda­ng yang bersifat diskrimina­si ini diperkatak­an menjadi penghalang utama dalam membentuk perpaduan.

Dalam erti kata lain, dengan menghapusk­an hak keistimewa­an orang Melayu serta anak Sabah dan Sarawak dengan memberikan hak sama rata antara kaum dapat membentuk perpaduan ialah hujah yang meleset dan hanya sekadar helah untuk menghapusk­an Perkara 153 dalam Perlembaga­an.

Hal ini menyebabka­n orang Melayu dan anak Sabah dan Sarawak bangkit untuk memperjuan­gkan hak mereka sebagai Bumiputera.

 ?? [FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR /BH] ?? Langkah kerajaan tidak meratifika­si ICERD tepat bagi melindungi keistimewa­an hak orang Melayu dan Bumiputera.
[FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR /BH] Langkah kerajaan tidak meratifika­si ICERD tepat bagi melindungi keistimewa­an hak orang Melayu dan Bumiputera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia