Berita Harian

Desak bina kuil di tapak masjid

Penganut Hindu terus beri tekanan kepada PM India

-

Ribuan sami Hindu dan aktivis berhimpun di ibu negara India, semalam, bagi menggesa kerajaan membina kuil di atas tapak runtuhan sebuah masjid dari kurun ke-16.

Difahamkan mereka mempunyai kaitan dengan parti nasionalis Hindu, pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi.

Gesaan untuk pembinaan kuil baharu di utara kawasan Ayodhya itu dibuat menjelang pilihan raya yang perlu diadakan sebelum Mei depan, ketika Modi merancang untuk menyambung penggal pemerintah­an bagi kali kedua.

Kebanyakan penganalis­is menjangkak­an parti pimpinan Modi, Parti Bharatiya Janata (BJP) tidak akan berjaya meraih jumlah undi yang tinggi seperti yang dicatatkan pada 2014.

Dakwa guna isu perkauman

Malah, pengkritik mendakwa parti itu sering menggunaka­n isu perkauman untuk meraih sokongan.

Sejak tiga dekad lalu, BJP dan pelbagai kumpulan Hindu yang dikaitkan dengan parti itu membangkit­kan kembali kontrovers­i di Ayodhya, sebelum pilihan raya berlangsun­g sehingga mencetuska­n suasana tegang antara penduduk Hindu dan minoriti Muslim, yang mewakili 14 peratus daripada 1.3 bilion populasi India.

Pada 1992 sekumpulan militan Hindu merobohkan masjid berusia ratusan tahun di Ayodhya, sehingga mencetuska­n tunjuk perasaan yang mengorbank­an kira-kira 2,000 di seluruh India.

Ia juga adalah keganasan kaum terburuk sejak peristiwa pemisahan India dan Pakistan pada 1947.

Kebanyakan penganut Hindu percaya Tuhan mereka, Ram dilahirkan di Ayodhya dan pelbagai kumpulan Hindu menegaskan wujud sebuah kuil, sebelum masjid itu dibina oleh seorang pemerintah Muslim pada 1528.

“Rata-rata sami Hindu mahu kerajaan meluluskan undangunda­ng untuk memberi laluan bagi pembinaan kuil itu.

“Ia isu kepercayaa­n jutaan penganut Hindu, mereka tidak boleh menunggu pembinaan kuil di tempat kelahiran Ram selamalama­nya,” kata jurucakap Majlis Hindu Dunia (VHP), Sharad Sharma yang mempunyai hubungan erat dengan BJP.

Kedua-dua penganut Hindu dan beberapa kumpulan Muslim sudah mengemukak­an petisyen kepada Mahkamah Agung bagi menyelesai­kan isu berkenaan.

Bagaimanap­un, mahkamah memohon diberikan tempoh sebelum keputusan petisyen itu diumumkan.

 ?? [FOTO EPA] ?? Sebahagian peserta yang menyertai perhimpuna­n bagi mendesak pembinaan kuil di Ayodhya, New Delhi, semalam.
[FOTO EPA] Sebahagian peserta yang menyertai perhimpuna­n bagi mendesak pembinaan kuil di Ayodhya, New Delhi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia