Berita Harian

Pawang Brazil didakwa dera 12 wanita

-

Rio De Janeiro: Beberapa wanita mendakwa didera secara seksual oleh seorang pawang yang terkenal di peringkat antarabang­sa kerana dapat menyembuhk­an mereka dari masalah dihadapi.

Tuduhan terhadap Joao Teixeira de Faria, 76, atau lebih dikenali sebagai ‘Joao de Deus’ dibuat Jumaat lalu menerusi program yang mendapat tontonan meluas terbitan rangkaian Global Television.

Seorang koreografe­r Belanda dikenali sebagai Zahira Leeneke Maus dan sembilan wanita warga Brazil yang enggan dikenali, menuduh Faria memaksa mereka melakukan onani serta seks oral ke atas dirinya sebagai satu-satunya kaedah memindahka­n tenaga bagi proses rawatan.

Malah, pada program itu juga Maus mndedahkan bahawa beliau turut diperkosa pawang terbabit.

Akhbar O Globo dalam laporannya mendedahka­n mereka sudah menemurama­h dua lagi wanita yang menceritak­an kejadian sama, menjadikan jumlah keseluruha­n mangsa seramai 12 orang.

Kesemua mangsa berusia dalam lingkungan 30-an apabila kejadian berkenaan didakwa berlaku di pusat rawatan milik Faria, di pekan Abadiania berhampira­n ibu negara, Brasilia.

Nafi perlakuan sumbang

Laman web berita Globo G1 memetik kenyataan yang dikeluarka­n perkhidmat­an media bagi pihak Faria sebagai berkata, pawang itu menggunaka­n kuasa dimiliki untuk menyembuhk­an ribuan pesakit sejak 44 tahun lalu dan menafikan sebarang perlakuan sumbang sepanjang tempoh rawatan.

Reputasi Faria menjadikan beliau amat terkenal di luar Brazil, termasuk Amerika Syarikat, Eropah dan Australia.

Selebriti dan penerbit rancangan televisyen, Oprah Winfrey pernah melawat Faria pada 2013 untuk melihat sendiri ‘keajaiban’ dimiliki lelaki berkenaan.

AFP

 ?? [ FOTO AGENSI ] ?? Faria ketika merawat pesakitnya.
[ FOTO AGENSI ] Faria ketika merawat pesakitnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia