Berita Harian

Klopp sanjung prestasi Salah

Bintang Mesir cemerlang selepas catat hatrik benam Bournemout­h

-

Jurgen Klopp menghambur pujian terhadap Mohamed Salah yang meledak hatrik ketika menewaskan Bournemout­h 4-0, kelmarin sekali gus membawa Liverpool ke puncak Liga Perdana Inggeris (EPL).

Bintang Mesir itu membuka tirai jaringan pada pertengaha­n babak pertama selepas penjaga gol Bournemout­h, Asmir Begovic gagal menampan kemas bola rembatan deras Roberto Firmino.

Dia kemudian menggandak­an kelebihan Reds tiga minit selepas babak kedua bersam bung menerusi penyudah menarik.

Selepas jaringan sendiri Steve Cook, penyerang licik itu melengkapk­an jumlah jaringan dengan meledak gol ke10 miliknya dalam kempen liga musim ini.

Lonjak ke tangga teratas

Kemenangan itu membawa Liverpool ke tangga teratas EPL dengan kelebihan satu mata di atas Manchester City yang yang tewas 02 kepada Chelsea dengan Klopp menggambar­kan prestasi Salah sebagai ‘cemerlang’.

“Dia beraksi dengan cukup cemerlang pada keseluruha­n permainan, bukan saja untuk gol yang dijaringka­n.

“Dia mahu membantu dengan larian dari belakang dan jaringan tiga gol itu adalah sesuatu yang penting buatnya dan juga kami,” kata Klopp kepada BBC.

Liverpool bakal mengharung­i minggu yang sukar beraksi menentang Napoli dalam kempen Liga Juarajuara, Rabu ini dalam usaha untuk mara ke peringkat kalah mati saingan elit Eropah itu sebelum bertemu Manchester United.

“Ia sentiasa menjadi minggu yang penting,” kata pengendali dari Jerman itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia