Berita Harian

‘City tenang, akan terus ke depan’

-

London: Pengendali Manchester City, Pep Guardiola menegaskan jangkaanny­a tepat apabila juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu akhirnya tewas musim ini, 02 di tangan Chelsea, sekali gus tergelinci­r ke tangga kedua di belakang Liverpool.

Bagaimanap­un, dia tetap bangga dengan persembaha­n City dan menggesa anak buahnya mengatasi skuad bimbingan Juergen Klopp, yang mendahului satu mata di depan mereka selepas kemenangan 40 di Bournemout­h.

“Saya katakan ia tidak akan berlaku. Kami di sini bukan untuk jadi pasukan kebal, kami di sini untuk jadi juara.

“Kami tenang, kami bergerak ke depan, ia sebahagian daripada pertanding­an.

“Tidak ada sukan dalam dunia tenis, bola keranjang, golf yang ada satu pasukan sentiasa menang.

“Apabila orang berkata begitu, mereka menjual ilusi. Ia sebahagian daripada pertanding­an. Anda boleh tewas tapi ia mengenai bagaimana cara anda tewas,” katanya.

Turun tanpa Aguero

City turun tanpa kelibat Sergio Aguero yang cedera dan jentera depannya jelas terjejas dengan Raheem Sterling dan Leroy Sane terlepas peluang besar.

Chelsea sebaliknya membu ka jaringan menerusi N’golo Kante yang merembat deras hantaran Eden Hazard sejurus sebelum rehat.

Gol kedua Chelsea dijaringka­n David Luiz pada minit ke78.

Sementara itu, pengendali Chelsea, Maurizo Sarri mengakui amat gembira dengan ke menangan berkenaan kerana tidak mudah untuk menewaskan City atau Guardiola.

“Sukar buat kami untuk mencari motivasi tetapi apabila kami bermotivas­i, kami satu pasukan yang amat kuat.

“Hari ini (kelmarin) kami bermain dengan tahap yang amat bagus, keazaman dan corak agresif yang baik,” ujar Sarri.

 ?? [ FOTO REUTERS ] ?? Luiz (tiga dari kiri) menjaringk­an gol kedua Chelsea ketika membantu pasukannya menewaskan City di Stamford Bridge, kelmarin.
[ FOTO REUTERS ] Luiz (tiga dari kiri) menjaringk­an gol kedua Chelsea ketika membantu pasukannya menewaskan City di Stamford Bridge, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia