Berita Harian

Atlet wushu kempunan emas

Hanya dipisahkan 0.01 mata di belakang wakil Singapura

-

Kekurangan 0.01 mata menerusi acara chanquan dan nanquan wanita menyaksika­n Malaysia terlepas sasaran meraih emas sulung di hari kedua temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2018 di sini, semalam.

Wushu yang diramal menjadi sukan pertama menyumbang emas sulung kepada Malaysia pada temasya bermula dengan kekecewaan apabila Loh Ying Ting terpisah hanya 0.01 mata dan terlepas emas kepada atlit wushu Singapura Fung Hui Xin.

Ying Ting yang memenangi perak di Sukan SEA 2017 menerusi acara Jianshu turun dalam acara Chanquan wanita. Namun catatan 9.56 oleh Hui Xin dari Singapura mengundang kekecewaan paling memeritkan Ying Ting.

Malaysia turut memungut gangsa acara ini menerusi Pang Pui Yee dengan catatan 9.53 mata.

Kekecewaan tipis turut berlaku menerusi acara nanquan wanita apabila pemenang pingat perak acara Nanquan/ Nandao di Keohanan Universiti Dunia (WUG) di Taipei 2017, Tan Cheong Min juga sekadar meraih pingat perak di Naypyitaw. Cheong Min kalah tipis 0.01 mata dibelakang peserta wushu tuanrumah Aye Thitsar Myint yang mendapat 9.61 mata bagi merangkul emas pertama untuk Myanmar menerusi acara wushu. Gangsa juga dimenangi atlet Myanmar Saung Hnin Phya dengan 8.79 mata.

Terkilan

Pingat perak ketiga Malaysia disumbangk­an Chuah Shangyang menerusi acara nanquan lelaki. Pingat emas acara ini dimenangi atlet Wushu Indonesia Harris Horatius yang mencatat 9.61 mata, 0.02 mata mengatasi Shangyang. Gangsa acara ini dimenangi Pitaya Yangrungra­win dari Thailand.

“Memang kita terkilan kerana gagal mendapat emas sulung hari ini (semalam), tetapi biasalah acara wushu ini memang kerap berlaku keputusan begini dan kita terima dengan hati terbuka.

“Kita yakin akan mencapai sasaran tiga emas dalam acara lain selepas ini,” Shahrel Rizel Dzahari, Pengurus Pasukan Wushu.

Hari ini akan berlangsun­g acara Taijiuan dan Gunshu lelaki, taijiquan, daoshu dan nandao wanita.

Sementara itu, kelmarin berlangsun­g acara tradisi majlis menaikan bendera negara-negara yang mengambil bahagian pada temasya edisi ke-19 membabitka­n 11 negara serantau, biarpun hanya membabitka­n 17 acara.

Majlis disempurna­kan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Myanmar, Dr Thein Win yang juga Setiausaha Jawatankua­sa Penganjur AUG. Acara tradisi di adakan di perkampung­an sukan yang digunakan ketika Sukan SEA lalu.

Acara pembukaan temasya Sukan Universiti ASEAN ke-19 akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Myanmar.

 ??  ??
 ??  ?? Atlet wushu (dari kiri), Chuah Shangyang,loh Ying
Atlet wushu (dari kiri), Chuah Shangyang,loh Ying

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia