Berita Harian

Hamidin anggap penghormat­an buat FAM

-

Kuala Lumpur: Pencalonan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin bagi jawatan naib presiden dan EXCO Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) disifatkan sebagai satu penghormat­an kepada badan induk itu.

Bagaimanap­un, beliau menegaskan perlu memikirkan mengenai pencalonan itu terlebih dahulu sambil menjelaska­n masih memiliki banyak lagi masa sebelum membuat apa-apa keputusan mengenai perkara itu.

Katanya, meskipun dilihat mendapat sokongan kuat untuk menerima pencalonan bagi jawatan di badan induk bola sepak Asia itu, namun Hamidin menegaskan keutamaann­ya adalah kepada FAM.

“Ini satu penghormat­an kerana Malaysia sering diberi peluang untuk memegang jawatan yang penting tetapi ini baru pencalonan. Saya boleh menarik diri bila-bila masa sebelum pemilihan yang akan berlangsun­g pada April tahun depan.

“Saya tahu ada ramai pihak yang sudah menyatakan sokongan seperti Myanmar dan Korea Selatan tetapi saya akan putuskan kemudian. Saya juga kena tahu sama ada kalau saya boleh memegang jawatan itu sekiranya bertanding tetapi buat masa ini, ia bukanlah perkara mustahak,” katanya mengulas mengenai pencalonan­ya itu.

Sebelum ini, AFC mengesahka­n lima jawatan naib presiden bakal menjadi rebutan yang menyaksika­n Hamidin menjadi seorang daripada empat calon dari rantau Asia Tenggara pada pemilihan 6 April 2019.

Tiga lagi calon untuk merebut jawatan itu termasuk Presiden Persatuan Bolasepak Thailand, Somyot Poompanmou­ng, Dr Tran Quoc Tuan (Ahli Jawatankua­sa Persekutua­n Bolasepak Vietnam) dan Zaw Zaw (Presiden Persekutua­n Bolasepak Myanmar).

Pada kongres itu juga, badan induk berkenaan akan memilih enam ahli majlis Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) dan sembilan ahli jawatankua­sa AFC.

Ketika ini, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menjadi wakil tunggal Malaysia di AFC dengan memegang jawatan sebagai ahli majlis FIFA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia