Berita Harian

Malaysia ucap selamat tinggal

Gagal teruskan kemaraan selepas tewas 3-5 kepada Jerman

-

Skuad Malaysian Tigers mencipta kebangkita­n tetapi tidak cukup untuk mengelak penyingkir­an dari Piala Dunia 2018 apabila tewas 3-5 kepada Jerman dalam perlawanan terakhir Kumpulan D, di sini, semalam.

Satu-satunya jalan untuk pasukan negara layak ke pusingan berikutnya adalah Belanda perlu menewaskan Pakistan dengan kelebihan lapan gol - sesuatu yang dianggap mustahil.

Dihujani serangan

Mimpi ngeri skuad kendalian Roelant Oltmans bermula seawal minit kedua permainan apabila Timm Herzbruch menjaringk­an gol pertama Jerman menerusi pukulan sudut penalti.

Selepas dihujani serangan bertali arus Jerman, skuad negara berpeluang untuk menyamakan kedudukan pada suku pertama permainan berpunca gerakan Fitri Shaari yang memberikan Malaysia pukulan sudut tetapi cubaan Razie Rahim jauh tersasar.

Pada minit ke-14, Jerman menggandak­an kelebihan selepas Christophe­r Ruhr menewaskan S Kumar sebelum pemain sama sekali lagi menemui jaringan empat minit berselang untuk menjadikan kedudukan 3-0.

Selepas dua pukulan sudut penalti disia-siakan sebelum ini, Razie akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-26 pada cubaan ketiga yang mencetus kebangkita­n skuad kebangsaan dengan gol kedua diperoleh dua minit berselang menerusi Nabil Fiqri untuk kedudukan 2-3.

Kehilangan dua pemain

Ketika skuad negara berusaha meningkatk­an serangan, mereka begitupun melepaskan bola dengan mudah dan natijahnya Jerman menyumbat gol keempat pada minit ke-39 menerusi Marco Miltkau.

Razie sekali lagi merapatkan kedudukan kepada 3-4 meledak gol kedua peribadiny­a pada minit ke-42 tetapi ketika permainan berbaki empat minit tetapi selepas Malaysia kehilangan dua pemain susulan layangan kad - Firhan Ashaari dan Marhan Jalil, Jerman meledak gol kelima pada minit ke59 juga menerusi Timm.

 ??  ?? Pemain Jerman, Florian Fuchs (tengah) cuba melepasi pemain Malaysia ketika aksi Piala Dunia di Stadium Kalinga, Bhubaneswa­r, semalam.
Pemain Jerman, Florian Fuchs (tengah) cuba melepasi pemain Malaysia ketika aksi Piala Dunia di Stadium Kalinga, Bhubaneswa­r, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia