Berita Harian

Jurulatih India hampa gagal capai sasaran

-

Bhubaneswa­r: Pengendali India, Harendra Singh melekatkan poster di dalam biliknya yang memaparkan angka kemenangan 6-0, sehari sebelum pertemuan dengan Kanada kelmarin.

Beliau pastinya kecewa apabila barisan pemainnya gagal mencapai sasaran itu biarpun India berjaya mengatasi Kanada 5-1 seterusnya mara ke suku akhir Piala Dunia, di sini.

Jelasnya, sasaran utamanya kali ini adalah bagi menjulang India memenangi gelaran dunia kedua selepas kali terakhir menyambarn­ya pada edisi 1975 di Kuala Lumpur.

Pemain kurang sabar

“Siapa yang datang ke bilik saya tahu bahawa 6-0 menjadi sasaran yang berada di dinding bilik saya sebelum menentang Kanada, tetapi pemain saya kurang sabar. Mereka tergesa-gesa mencari gol dan terlepas deretan peluang semalam (kelmarin).

“Saya tidak gembira dengan kesilapan pertahanan yang melepaskan gol, kerana kami perlu beraksi lebih baik di suku akhir, yang mana tidak menawarkan peluang buat mana-mana pasukan melakukan sebarang kesilapan walaupun sedikit.

“Kini kami sudah mara ke peringkat kalah mati, kami akan mula memanjat gunung jadi oksigen makin berkuranga­n, hanya yang terbaik akan terselamat.”

Kapten India, Manpreet Singh berkata: Saya fikir kami bermain baik (menentang Kanada), tetapi saya fikir kami perlu bermain lebih baik untuk terus bertahan dalam saingan ini, yang mana makin bertambah sukar tatkala kini pasukan hanya dipisahkan tiga perlawanan daripada memenangi Piala Dunia.

 ??  ?? Harendra Singh
Harendra Singh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia