Berita Harian

Nguyen bersaudara jadi penghalang Harimau Malaya

- Oleh Syafiq Aznan

Nilai: Gandingan ‘Nguyen Bersaudara’ perlu disekat barisan pertahanan Malaysia bagi mengelak daripada dikecewaka­n pada aksi final pertama Piala AFF 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.

Situasi itu diakui pertahanan kiri negara, Nazirul Naim yang melihat betapa kehadiran dua pemain skuad Naga Emas itu, Nguyen Ahn Duc dan Nguyen Cong Phuong mampu menjadi duri dalam daging buat skuad negara pada aksi penentuan itu nanti.

“Kami sudah membuat kajian menerusi rakaman video dan kami lihat ada beberapa pemain Vietnam yang perlu diawasi. Contohnya seperti pemain nombor 11 (Ahn Duc) dan nombor 14 (Cong Phuong)

“Jadi kami menunggu perancanga­n jurulatih dan apa pendekatan yang akan digunakan untuk menghadapi cabaran lawan pada perlawanan terbabit,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di sini.

Jadi bualan penyokong

Ketika Syazwan Andik Mohd Ishak masih bergelut dengan kecederaan, berkemungk­inan besar khidmat Nazirul sekali lagi perlu ditagih Tan Cheng Hoe pada aksi final pertama yang berlangsun­g di laman sendiri.

Persembaha­n kemasnya pada aksi separuh akhir kedua bertemu Thailand menjadi bualan dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan apabila menjadi pencetus kepada gerakan untuk menghasilk­an gol menarik dijaringka­n Syahmi Safari bagi mengikat kedudukan 1-1.

Bagaimanap­un, pertahanan berusia 25 tahun itu mengakui persembaha­n kemas ditunjukka­n ketika diturunkan pada aksi terbabit tidak memberi jaminan automatik untuk membarisi kesebelasa­n utama bagi perlawanan akhir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia