Berita Harian

Jual tiket final RM500 sekeping

‘Ulat’ aktif lakukan urus niaga atas talian

- Oleh Firdaus Hashim dan Teoh Pei Ying

Sebaik tiket final pertama Piala Konfederas­i Bolasepak ASEAN (AFF) 2018 antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok habis dijual, semalam, ‘ulat’ tiket dilihat mula aktif apabila dikesan menjual semula tiket berkenaan di atas talian.

Menyedari kekecewaan dialami ribuan penyokong susulan kegagalan mendapatka­n tiket itu, terdapat ulat tiket yang sanggup ‘menangguk di air keruh’ dengan menjual secara haram di atas talian dengan harga yang tidak masuk akal.

Menerusi tinjauan yang dilakukan, ia dijual pada harga sehingga RM500 untuk sekeping berbanding harga asal iaitu RM40 untuk tempat duduk terbuka. Malah, ada juga yang meletakkan harga sekitar RM200, RM150 dan RM80 di laman sosial.

Tinjauan Sukan NSTP di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil semalam juga menyaksika­n ada di antara penonton yang berjaya membeli tiket menerusi kaunter tetapi menjualnya semula pada kadar RM100.

Walaupun harga yang dijual oleh ulat tiket naik berganda, peminat tetap membelinya pada harga itu.

Ditambah dengan tahap kawalan dan penguatkua­saan yang lemah sama ada daripada pihak berkuasa mahupun Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), kegia tan tidak sihat itu semakin menjadijad­i apabila ulat tiket dilihat ‘bermaharaj­alela’ di pekarangan stadium untuk menawarkan tiket kepada penyokong yang berada di situ.

Jalankan siasatan

Terdahulu, semua baki 40,000 tiket berjaya dijual selama 30 minit selepas dua kaunter di buka di Pintu A dan E Stadium Nasional Bukit Jalil pada jam 10 pagi.

Sebelum ini, 40,000 tiket sudah habis dijual secara dalam talian pada Jumaat dan Sabtu untuk jumlah keseluruha­n adalah 80,000 tiket.

Selain dijual di kaunter stadium, ia turut dijual di Arenal Futsal FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya (hanya bagi yang memiliki keratan tiket separuh akhir kedua di Bangkok) dan 1,000 keping di Alikhsan Sports Cawangan IOI City Mall, Putrajaya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata pihaknya akan menjalanka­n siasatan sekiranya menerima sebarang laporan berhubung ketidakpua­san orang ramai berhubung proses penjualan tiket di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Terdahulu, tular di media sosial gambar yang menunjukka­n satu laporan polis tanpa nama yang difahamkan dibuat oleh seorang peminat bola sepak negara tidak berpuas hati dengan proses penjualan tiket final Piala AFF.

Mazlan juga mengesahka­n tiada kejadian buruk berlaku di kawasan stadium selepas kirakira 10,000 penonton bersesak untuk membeli tiket perlawanan akhir berkenaan sejak malam kelmarin, meskipun hampir berlaku kekecohan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia