Berita Harian

30 penyokong pengsan akibat bersesak-sesak

-

Kuala Lumpur: Kirakira 30 penyokong pengsan, manakala beberapa lagi dipijak ketika orang ramai bersesakse­sak di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, pagi semalam ketika berebut untuk membeli tiket aksi pertama final Piala AFF 2018, pagi semalam.

Itulah antara senario yang berlaku di kawasan kaunter A stadium berkenaan apabila kirakira 10,000 orang membanjiri kawasan terbabit bagi mendapatka­n tiket di kaunter jualan yang dibuka tepat jam 10 pagi.

Mereka yang datang untuk mendapatka­n tiket ini ada diantarany­a bermalam di situ sejak petang kelmarin. Ada yang hadir bersama rakan dan keluarga selain bersendiri­an termasuk dari luar ibu negara sematamata tidak ingin terlepas aksi final.

Seorang pembeli tiket, Khairul Abd Rahman, 39, ketika ditemui berkata keadaan kesesakan di kawasan itu pagi semalam bertambah buruk apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hanya membuka empat kaunter jualan.

“Bila sistem tak betul, inilah jadinya. Kami datang nak sokong pasukan negara tetapi dilayan macam sampah oleh FAM dan pihak stadium. Langsung tak belajar daripada kesilapan lalu padahal isu ini dah selalu berlaku setiap kali final pasukan Malaysia ataupun liga,” katanya.

Azre Shariman, 40, pula berkata, ada wanita yang dipijak selepas terjatuh sebaik kaunter tiket dibuka oleh pihak stadium.

Wanita kena pijak

“Ada wanita depan saya tadi jatuh dan kena pijak. Nasib baik saya dan kawan sempat angkat dan bawa dia ke tepi. Sepatutnya FAM dari malam tadi (kelmarin) pasang penghadang garisan untuk elak insiden macam ini berlaku,” katanya yang datang dari Cheras.

Seorang penyokong Harimau Malaya yang bertuah mendapatka­n tiket final itu selepas hampir 24 jam ‘berkampung’ di situ adalah Mohd Shahrizal Ramli.

“Bayangkan satu hari suntuk dan tidur di sini sematamata nak cari tiket final. Memang keadaan agak tidak terkawal tapi saya bernasib baik kerana saya berbaris paling depan sekali,” katanya yang datang dari Petaling Jaya bersama rakan sekerja.

Seperti dijangka, tidak sampai setengah jam kaunter tiket dibuka pada jam 10 pagi semalam, semua habis terjual. FAM secara keseluruha­nnya menjual sebanyak 80,000 tiket sejak Jumaat lalu.

 ?? [ FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI/BH ] ??
[ FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI/BH ]
 ??  ??
 ??  ?? Keadaan kelam-kabut ketika penyokong Malaysia beratur di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam untuk mendapatka­n tiket aksi pertama final Piala AFF 2018. Terdapat beberapa penyokong yang pengsan dan cedera.
Keadaan kelam-kabut ketika penyokong Malaysia beratur di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam untuk mendapatka­n tiket aksi pertama final Piala AFF 2018. Terdapat beberapa penyokong yang pengsan dan cedera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia