Berita Harian

Penyokong inspirasi Harimau Malaya

Yusoff minta pemain hargai pengorbana­n, kesungguha­n mereka ke Bukit Jalil

- Oleh Aziman Rosdi

Pengurus Harimau Malaya, Datuk Wira Yusoff Mahadi berharap skuad kendalian Tan Cheng Hoe tidak mensia-siakan pengorbana­n penyokong yang bersungguh-sungguh mendapatka­n tiket final Piala Konfederas­i Bolasepak ASEAN (AFF) di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.

Semua 80,000 tiket aksi pertama final antara Malaysia dengan Vietnam habis terjual dengan kemuncakny­a ribuan penyokong berasak-asak untuk mendapatka­n tiket di kaunter jualan stadium semalam.

Ada yang sanggup tidur di pekarangan stadium sejak malam kerana bimbang gagal mendapatka­n tiket.

Pencetus semangat

Menurut Yusoff, keghairaha­n penyokong itu perlu dijadikan pencetus semangat kepada pemain memburu gelaran selepas muncul juara 2010.

“Kami berterima kasih kepada penyokong yang berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk memberi sokongan kepada pasukan negara. Tapi kita juga simpati kepada penyokong yang tidak dapat membeli tiket, ini di luar kawalan kita, kerana jumlah tiket terhad kepada kapasiti stadium.

“Apa pun semangat penyokong ini bakal menjadi inspirasi dan pembakar semangat buat pemain pada final nanti. Pemain perlu berusaha untuk memenuhi impian rakyat Malaysia yang dahagakan kejayaan.

“Berikanlah sesuatu kepada penyokong,” katanya yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu.

Yusoff berkata, pemain perlu kekal fokus dan tidak memikirkan hal lain termasuk menghadkan penggunaan media sosial seperti yang ditekankan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin sebelum ini.

“Saya dapati, kesungguha­n dan semangat pemain cukup tinggi ketika ini. Persaingan untuk merebut tempat dalam skuad utama juga sengit. Kita mahu semua pemain kekal fokus dengan tugas penting Selasa ini.

“Kemenangan cukup penting sebelum kita bertandang ke Hanoi bagi final kedua pada Sabtu,” katanya. Pengurus Harimau Malaya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia