Berita Harian

Jawatankua­sa Anti-rasuah peringkat negeri diwujud

Cadangan akan dibincang esok dalam mesyuarat bersama Setiausaha Kerajaan Negeri

- Oleh Suzianah Jiffar

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah akan mewujudkan Jawatankua­sa Anti-rasuah peringkat negeri bagi meningkatk­an kesedaran mengenai pentingnya memerangi rasuah.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk Sazali Salbi, berkata cadangan untuk mewujudkan jawatankua­sa itu akan dibincangk­an esok dalam mesyuarat bersama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Hashim Paijan.

“Dalam mesyuarat ini, cadangan untuk menubuhkan jawatankua­sa itu antara yang akan dibincangk­an dan daripada situ, kita akan wujudkan pula jawatankua­sa berkenaan pada peringkat daerah.

“Setiausaha Kerajaan Negeri akan menjadi pengerusi jawatankua­sa berkenaan,” katanya dalam sidang media sempena majlis Hari Anti-rasuah Antarabang­sa 2018 peringkat negeri di sini, semalam.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Datuk Aidi Moktar.

400 pelajar IPT sertai program

Seramai 400 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini menyertai program tinjauan mesra yang diadakan di sekitar bandar raya ini sempena sambutan itu.

Mengenai kesedaran masya- Pengarah SPRM Sabah rakat untuk membantu memerangi rasuah, Sazali berkata, kerjasama dalam kalangan masyarakat untuk menyalurka­n aduan dan maklumat berkaitan rasuah kini semakin meningkat.

“Program hari ini (semalam) juga adalah yang kelima kita laksanakan serentak di seluruh negara dan antara pengisiann­ya adalah mengadakan tinjauan mesra.

“Menerusi program tinjauan mesra ini, kita bersama pelajar IPT bertemu dengan masyarakat dan menjelaska­n kepada mereka mengenai pentingnya memerangi rasuah.

“Saya mendapati program ini banyak memberi kesedaran dan menyebarlu­askan mesej yang kita mahu sampaikan kepada rakyat berkaitan rasuah,” katanya.

 ??  ?? Aidi (dua dari kanan) diiringi Sazali (kanan) ketika membuat tinjauan sempena majlis Hari Anti Rasuah Antarabang­sa 2018 peringkat negeri di Kota Kinabalu, semalam.
Aidi (dua dari kanan) diiringi Sazali (kanan) ketika membuat tinjauan sempena majlis Hari Anti Rasuah Antarabang­sa 2018 peringkat negeri di Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia