Berita Harian

‘Sukar untuk wakil rakyat seleweng dana RTP’

-

Kuching: Peruntukan RM5 juta setahun untuk setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini disalurkan kepada Pejabat Residen, bukannya akaun wakil rakyat di kawasan terbabit.

Justeru, sukar bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menyelewen­g dana daripada Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) yang diperuntuk­kan kerajaan negeri.

Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman), Datuk Talib Zulpilip, berkata selepas peruntukan itu disalurkan, Pejabat Residen akan melaksanak­an projek yang diminta oleh wakil rakyat terbabit dan memantauny­a.

“Ia (peruntukan) tidak ada kena mengena dengan wakil rakyat, tetapi ada tuduhan yang mengatakan wang itu masuk poket wakil rakyat.

“Tuduhan itu tidak berasas kerana wang itu disalurkan melalui Pejabat Residen dan projek (yang dipohon wakil rakyat) turut dilaksanak­an oleh Pejabat Residen.

Ditawar secara tender terbuka

“Tidak ada cara untuk wakil rakyat atau pegawai terbabit hendak meraih keuntungan secara tidak betul, lagi pun semua projek adalah ditawarkan secara tender terbuka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Anti-rasuah Antarabang­sa (HARA) 2018 Peringkat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak di ibu pejabat SPRM Sarawak di sini, semalam.

Turut hadir, Pengarah SPRM Sarawak, Razim Mohd Noor dan Pengerusi Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) Sarawak, Mohd Faizal Aminuddin.

Talib berkata, kerajaan negeri sedia menerima sebarang aduan awam jika wujud unsur rasuah dalam pelaksanaa­n projek pembanguna­n dan kementeria­nnya akan bekerjasam­a dengan SPRM.

“Jika ada projek yang bermasalah, boleh beritahu terus dengan saya di talian 012-898 3366 dan kami akan bertindak jika berlaku penyelewen­gan.

“Memang banyak tuduhan melulu kita temui di Facebook tetapi apabila disiasat dan ditanya projek mana, mereka yang membuat dakwaan itu tidak memberikan maklumat mengenainy­a,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia