Berita Harian

Airasia digesa usah naik harga

Maswings buat keputusan hentikan penerbanga­n enam laluan di Sarawak

- Oleh Muhd Amirul Faiz Ahmad

Keputusan Maswings menghentik­an penerbanga­n membabitka­n enam laluan di negeri ini bermula 1 Januari depan menyebabka­n kekerapan penerbanga­n di semua laluan terjejas dan kini bergantung sepenuhnya kepada Airasia.

Justeru, syarikat penerba ngan tambang murah itu diminta tidak mengenakan harga tinggi di semua laluan terbabit selepas Maswings tidak lagi beroperasi.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata sebelum ini Maswings dan Airasia menyediaka­n perkhidmat­an di laluan terbabit, namun berkemungk­inan penamatan penerbanga­n Maswings didorong faktor persaingan.

Permintaan tinggi

“Saya difahamkan, selain permintaan tinggi, pengguna lebih berminat menggunaka­n perkhidmat­an syarikat tambang murah itu kerana pesawat digunakan lebih besar dan selesa.

“Saya berpandang­an, atas faktor persaingan Maswings tidak lagi berminat untuk menawarkan perkhidmat­an di laluan berkenaan, mungkin faktor kekurangan penumpang,” katanya kepada NSTP, semalam.

Enam laluan yang ditamat kan itu membabitka­n penerbanga­n pergi balik Kuchingsib­u, Kuchingbin­tulu, Kuchingmir­i, Kota Kinabalumi­ri, Kota Kinabalusi­bu dan Kota KinabaluBi­ntulu.

Berikutan penamatan laluan berkenaan, Kementeria­n Pengangkut­an turut membatalka­n kontrak Maswings bermula tahun depan di semua enam laluan terbabit yang sepatutnya tamat pada 2024.

Abdul Karim ketika mengulas lanjut, berkata tindakan penamatan berkenaan pastinya merugikan rakyat Sarawak berikutan jumlah kekerapan penerbanga­n semakin kurang dan tiada persaingan harga tiket.

“Saya berharap Airasia yang memonopoli laluan memberi perkhidmat­an sebaiknya dan tidak mengenakan harga tiket melampau,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini, kerajaan negeri tidak mempunyai perancanga­n untuk menubuhkan syarikat penerbanga­n sendiri untuk beroperasi di semua laluan dalam Sarawak.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia