Berita Harian

MBM wujud pangkalan data banjir kilat

-

Miri: Majlis Bandaraya Miri (MBM) mewujudkan pangkalan data untuk menyimpan semua maklumat lokasi kerap berlaku banjir kilat di bandar raya ini sebagai usaha mengatasi masalah itu.

Datuk Bandar Miri, Adam Yii, berkata penyusunan pangkalan data itu akan membolehka­n semua data yang dikumpul digunakan untuk mengenal pasti pendekatan sesuai untuk mengatasi masalah berkenaan.

“Data yang dikumpul bakal membolehka­n kita melakukan pemeriksaa­n tapak serta lokasi yang dikenal pasti sering berlaku banjir kilat.

“Ia juga memudahkan BM menentukan punca utama banjir kilat itu berlaku,” katanya ketika ditemui media di sini, semalam.

Naik taraf sistem saliran

Beliau berkata, ketika ini, tindakan pemulihan sertamerta akan dilaksanak­an segera, terutama membersihk­an longkang di pelbagai lokasi supaya aliran air lancar.

Katanya, MBM juga akan menaik taraf sistem saliran, sekiranya langkah pemulihan segera tidak mencukupi bagi mengatasi masalah banjir kilat.

“Kita juga akan membuat laporan rasmi kepada agensi berkaitan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) supaya tindakan susulan dapat diambil untuk tindakan lanjut,” katanya.

Adam berkata, pihaknya komited untuk mengatasi masalah banjir kilat di bandar raya ini berikutan masih banyak kawasan terdedah dengan masalah itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia