Berita Harian

Jambatan Sungai Anap kian runtuh

-

Bintulu: Kirakira 1,000 penduduk dari 43 rumah panjang di Ulu Anap, Tatau terputus hubungan apabila satusatuny­a jambatan untuk menyeberan­gi Sungai Anap rosak akibat arus deras sungai itu, kelmarin.

Jambatan kayu yang dibina syarikat pembalakan sejak lebih dua dekad lalu itu tidak lagi selamat digunakan kerana kebanyakan strukturny­a mengalami kerosakan serta berlubang dan hanya menunggu masa untuk runtuh dibawa arus deras.

Difahamkan, jambatan konkrit yang baharu sedang dibina bersebelah­an dengan jambatan lama itu, namun kini ia belum lagi dapat digunakan kerana masih dalam pembinaan.

Penduduk, Luta Kam, 44, berkata kerosakan jambatan itu menjejaska­n urusan seharian penduduk setempat, khususnya yang berulangal­ik menggunaka­n laluan Ulu Anapsangan dan bandar ini.

“Kita bimbang jika berlaku kes kecemasan seperti sakit dan bersalin kerana dengan menggunaka­n laluan alternatif, ia mengambil masa perjala nan yang agak panjang dengan kos minyak kenderaan mahal, berbanding laluan sekarang,” katanya kepada NSTP, semalam.

Harap dipercepat

Sehubungan itu, beliau berharap agar pembinaan jambatan baharu yang sepatutnya siap Jun lalu, dipercepat­kan lagi bagi kebaikan penduduk yang tinggal di kawasan Ulu Anap.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Kerja Raya (JKR) Wilayah Utara dalam satu kenyataan media yang dikeluarka­n semalam, memberi jaminan pembinaan jambatan baharu akan mengambil sedikit masa lagi, sebelum dibuka.

“Pembukaan jambatan yang baharu itu nanti akan menamatkan penderitaa­n penduduk di kawasan Ulu Anap yang selama ini terpaksa menggunaka­n jambatan kayu yang daif bagi menghubung­kan penempatan mereka dengan kawasan luar,” katanya.

Kawasan Ulu Anap, terletak kirakira 65 kilometer dari Daerah Tatau yang majoritiny­a didiami masyarakat Iban.

 ?? [ FOTO ERIKA GEORGE / BH ] ?? Keadaan struktur jambatan menyeberan­gi Sungai Anap yang rosak dan berlubang akibat arus deras sungai dan hujan turun dengan lebat dua hari lepas.
[ FOTO ERIKA GEORGE / BH ] Keadaan struktur jambatan menyeberan­gi Sungai Anap yang rosak dan berlubang akibat arus deras sungai dan hujan turun dengan lebat dua hari lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia