Berita Harian

Perlu sokongan majoriti dua pertiga di Parlimen

-

Kuala Lumpur: Sindrom Ahli Parlimen UMNO keluar parti dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bukan langkah menyekat Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi ia untuk memastikan Pakatan Harapan (PH) mempunyai sokongan majoriti dua pertiga dalam Parlimen.

Pemerhati politik bersetuju sekiranya PH gagal mendapatka­n sokongan dua pertiga dalam Dewan Rakyat, situasi itu dilihat dapat merencatka­n proses merealisas­i janji dan melaksanak­an reformasi.

Pensyarah Pusat Pengajian Antarabang­sa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabang­sa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, berkata langkah untuk menyekat Anwar tidak berlaku kerana proses itu agak susah lebihlebih lagi apabila tujuan itu diangkat sebagai matlamat utama.

Beliau berkata, jumlah Ahli Parlimen UMNO masih tidak mencukupi melainkan ramai Ahli Parlimen daripada PH sendiri ikut sama untuk singkirkan Anwar.

“Setakat ini, saya tidak nampak keadaan itu berlaku. Ahli Parlimen UMNO keluar parti untuk perkuatkan PH demi melaksanak­an proses reformasi.

“Reformasi hanya akan berjaya dan berkesan kalau ada (sokongan) dua pertiga di Parlimen. Lagipun, BERSATU juga menolak beberapa Ahli Parlimen UMNO untuk sertai.

PH berbaki 12 lagi kerusi

“Bukan semua masuk BERSATU, ada juga berminat dengan PKR dan AMANAH (Parti Amanah Negara).

“Saya rasa kalau ada game (permainan) sebegini, ia tidak ke mana. Maksudnya, penerimaan Ahli Parlimen UMNO ke PH, matlamat utama adalah untuk capai dua pertiga bagi membolehka­n segala janji dilaksanak­an,” katanya ketika dihubungi NSTP, semalam.

PH kini berbaki 12 lagi kerusi, menghampir­i angka 148 bagi meraih majoriti dua pertiga.

Dengan perkembang­an itu, PH menguasai 128 daripada 222 kerusi Parlimen iaitu 16 melalui BERSATU, 11 milik PAN, DAP (42), PKR (50) dan baki sembilan lagi melalui Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Pensyarah Kanan Bahagian Politik dan Dasar Awam Fakulti Perdana, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali, berkata penyertaan Ahli Parlimen UMNO ke PH adalah usaha menambah legitimasi politik BERSATU sebagai suara orang Melayu dalam PH.

Selain mengukuhka­n suara orang Melayu dalam Parlimen, katanya, langkah ini, sekali gus dapat memudahkan kerajaan melaksanak­an sebarang agenda terutama membabitka­n perihal orang Melayu.

“Sisi baiknya, penyertaan sebagai Ahli Parlimen BERSATU... suara Melayu akan bertambah dalam PH. UMNO dan PAS selalu gunakan isu perkauman dengan menuduh PH didominasi DAP. Proses ini sedikit sebanyak menjernihk­an keadaan.

“Saya lihat kegusaran Anwar ketika ini apabila menerima ‘mentah-mentah’ Ahli Parlimen UMNO yang ada kes rasuah.

“Mungkin ada bantahan daripada Ahli Parlimen PKR,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia