Berita Harian

Waris pelajar rentung mahu buat badal haji

-

Ipoh: Keluarga dua pelajar yang menjadi antara enam mangsa rentung dalam insiden letupan dan kebakaran di Kawasan Perindustr­ian Jelapang Maju, Isnin lalu, berhasrat mahu menunaikan badal haji untuk arwah anak mereka.

Mohd Kamari Talib, 52, berkata ramai memberikan sumbangan kepada keluargany­a yang bersimpati dengan kes menimpa anaknya, Mohamad Ekmal Izzudin, 16, dalam tragedi itu dan berhasrat menunaikan badal haji untuk arwah.

Beliau berkata, kes menimpa anaknya itu, masih lagi terngiang-ngiang dan kenangan bersama anak kedua daripada tiga beradik itu terus terpahat dalam ingatannya.

Katanya, arwah Mohamad Ekmal disifatkan anak yang baik dan mendengar kata orang tua.

Pakai baju arwah

“Baju arwah kami bawa tidur dan ada juga dipakai apabila setiap kali teringatka­nnya. Selepas insiden itu, ramai memberikan sumbangan, jadi saya mahu buat (badal) haji untuk arwah,” katanya selepas majlis penyerahan bantuan, cek faedah pengurusan jenazah dan waris di Kampung Seri Aman, di sini, semalam.

Sementara itu, seorang lagi bapa mangsa, Mohd Husni Kasman, 47, berkata ahli keluargany­a bersyukur kerana ramai pihak prihatin membantu menguruska­n jenazah hingga selesai proses pengebumia­n anaknya, Mohammad Nor Ikram, 15.

“Sukar menerima kenyataan anak saya sudah pergi, namun saya reda dengan ketentuan Allah,” Katanya.

Ramai beri sumbangan kepada kami yang bersimpati dengan kes menimpa Mohamad Ekmal Izzudin” Mohd Kamari Talib, Bapa

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia