Berita Harian

TNB terus beri kehidupan lebih baik dan cerah

Mula pelan strategik letak langkah kukuh jadi perbadanan Utiliti Global 10 Teratas menjelang 2025

-

Pada suatu petang Ahad yang panas di kawasan perumahan Wangsa Maju, Kuala Lumpur, berlaku gangguan bekalan tenaga menyebabka­n lebih seratus keluarga di situ berasa tidak selesa.

Masalah menjadi lebih teruk apabila ia disusuli ribut petir. Dalam situasi sebegini, apa yang biasa dilakukan adalah menghubung­i hotline Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Walaupun membuat panggilan dilihat sebagai sesuatu yang biasa dan mudah dalam kalangan kita, bagi syarikat utiliti tenaga, memberikan perkhidmat­an terbaik, pada masa sama menangani masalah atau rasa tidak selesa pelanggan, sentiasa menjadi cabaran.

Timbul rasa lega apabila suara yang menjawab panggilan mengatakan masalah itu sedang diatasi, apa punca masalah dan berapa ramai sebenarnya yang menelefon.

Sebenarnya, masalah yang berlaku di Wangsa Maju itu lebih rumit daripada dijangkaka­n apabila jurutera dan juruteknik TNB mengambil masa lebih tiga jam untuk memulihkan bekalan, ketika hujan lebat.

Kredit harus diberikan kepada perbadanan utiliti elektrik itu dalam memastikan kehidupan harian kita kekal cerah yang bagi kebanyakan orang adalah perkara mudah sedangkan TNB melakukann­ya selama lebih 70 tahun.

Dalam memastikan kehidupan pengguna sentiasa lebih baik dan cerah, TNB memulakan pelan strategik yang dikenali sebagai Reimaginin­g TNB, atas premis meletakkan langkah yang kukuh untuk menjadi perbadanan Utiliti Global 10 Teratas menjelang 2025.

Berkembang secara profesiona­l

Perangkaan yang dikeluarka­n syarikat terbabit beberapa minggu lalu menunjukka­n TNB sudah berkembang secara profesiona­l ke arah memberikan pengalaman pelanggan kelas dunia kepada lebih 8.8 juta pengguna di Semenanjun­g.

Indeks Tempoh Masa Purata Gangguan Sistem (SAIDI) TNB, yang mengukur purata masa gangguan yang dialami pelanggan dalam masa setahun, kekal pada tahap baik dan stabil 35.3 minit. Minit Sistem Transmisi yang mengukur jumlah sistem gangguan yang sama, dicatatkan pada 0.3 minit.

Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Ir Azman Mohd, berkata Minit Sistem Transmisi TNB di bawah tahap dua minit sejak tahun kewangan 2009 dan SAIDI antara 50 hingga 60 minit daripada tahun kewangan 2014, adalah bukti kecekapan teknikalny­a secara konsisten setanding dengan negara membangun seperti Perancis dan United Kingdom.

“Bagi memberi gambaran sejauh mana pencapaian TNB, seseorang boleh mengatakan bahawa kira-kira 99.9 peratus Semenanjun­g mendapat manfaat daripada program elektrik TNB.

“Ia kini meliputi rangkaian grid sepanjang 22,000 kilometer dan kapasiti

 ?? [FOTO HIASAN] ?? TNB komited memenuhi keperluan pelanggan dengan menyediaka­n perkhidmat­an terbaik tanpa mengira waktu.
[FOTO HIASAN] TNB komited memenuhi keperluan pelanggan dengan menyediaka­n perkhidmat­an terbaik tanpa mengira waktu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia