Berita Harian

NIOSH antara organisasi terbesar dunia

-

Bintulu: Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) muncul antara organisasi kesihatan dan keselamata­n profesiona­l terbesar di dunia dengan memiliki 47,000 keahlian di 130 negara.

Pengerusi NIOSH, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata dengan jumlah keahlian yang bertambah dari semasa ke semasa, ia memperliha­tkan tahap kesedaran mengenai keselamata­n dan kesihatan dalam sektor pekerjaan semakin meningkat.

“NIOSH komited membantu meningkatk­an tahap keselamata­n dan kesihatan pekerjaan di negara ini melalui kerjasama dengan organisasi tempatan dan luar negara,” katanya ketika menghadiri Majlis Penghargaa­n NIOSH Sarawak 2018, di sini, kelmarin.

Lam Thye berkata, kerjasama itu akan membantu NIOSH merealisas­ikan matlamatny­a menjadi pusat kecemerlan­gan kesihatan dan keselamata­n pekerjaan yang pasti memberi manfaat kepada Sarawak.

“NIOSH turut menandatan­gani memorandum kerjasama (MOC) dengan Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (IOSH) yang berpangkal­an di United Kingdom pada Persidanga­n Tahunan Organisasi Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Asia Pasifik Ke-33 (APOSHO 33) di Hong Kong baru-baru ini.

“Melalui MOC itu, kedua-dua pihak bersetuju meningkatk­an profesiona­lisme dan berkongsi pengetahua­n mengenai amalan terbaik, selain isu berkaitan, termasuk kemalangan dalam perjalanan serta bekerja di tempat tinggi dan ruang tertutup,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia