Berita Harian

Tidak boleh ada pasir

-

Amar berkata, dia tidak menyangka menerima banyak maklum balas apabila melakukan upacara jejak tanah, sejurus Anaqi boleh berjalan pada Oktober lalu.

“Saya terima banyak respon dan rupa-rupanya ramai yang mengikut pantang keturunan ini. Selalunya, pantang keturunan ini tidak didedahkan, sebaliknya hanya diketahui dalam kalangan anggota keluarga.

“Sebelum habis pantang, memang teruk kami menjaga Anaqi. Dalam rumah tidak boleh berpasir, jadi kami terpaksa menyapu lantai setiap masa.

“Bagi bayi lain, mungkin pada usia lima hingga enam bulan mereka tidak lagi memakai stokin. Anaqi bagaimanap­un masih perlu memakainya. Pantang keturunan ini bagaimanap­un hanya membabitka­n anak lelaki,” ujarnya.

Berikutan itu, jelas Amar, mereka tidak mengizinka­n Anaqi disentuh dan dicium.

“Jika ada yang terusik pasir, kemudianny­a menyentuh anak kami, ia boleh jadi berbahaya,” katanya yang kini sibuk dengan penggambar­an drama 100 episod, Jodoh Jodoh Annisa.

Boleh jika nak bergambar

Bagi Amyra pula, dia tidak kisah andai orang luar menganggap­nya sombong atau terlalu kedekut anak. Tegasnya, dia perlu menebalkan muka saat menepis dan menghalang jika ada yang mahu menyentuh serta mencium puteranya itu.

“Terserahla­h jika mereka hendak menganggap saya kedekut anak. Memang Anaqi keturunan jauh, tetapi kalau terkena, saya dan Amar juga yang susah nanti.

“Bagaimanap­un, selalunya saya akan meminta maaf jika terpaksa bertindak sedemikian. Saya tiada masalah jika peminat mahu mengambil gambar Anaqi, tetapi biarlah saya mendukungn­ya.

“Apabila ada yang mahu menggomol dan menciumnya, saat itulah saya tangkis dan berkungfu sekejap,” katanya sambil ketawa ketika ditemui pada Festival Anggun Life yang diadakan di Pusat Konvensyen Setia Alam, Shah Alam, baru-baru ini.

 ??  ?? Sebahagian artis yang hadir pada sesi beramah mesra bersama peminat pada Festival Anggun Life di Pusat Konvensyen Setia Alam, Setia Alam City.
Sebahagian artis yang hadir pada sesi beramah mesra bersama peminat pada Festival Anggun Life di Pusat Konvensyen Setia Alam, Setia Alam City.
 ??  ?? Amyra menjayakan aktiviti bersama peminat pada Festival Anggun Life.
Amyra menjayakan aktiviti bersama peminat pada Festival Anggun Life.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia