Berita Harian

Sang Bedal ‘lawat’ projek tapak pembinaan

-

Kuching: Sekumpulan pekerja di tapak binaan di Lorong Anggerik 7, Taman Syn Syn di Jalan Matang, di sini gempar dengan kehadiran seekor buaya di tapak projek perumahan itu pagi semalam.

Kehadiran reptilia sepanjang kirakira tiga meter dengan berat dianggarka­n lebih 60 kilogram itu disedari seorang operator kren pada jam 8.30 pagi.

Salah seorang pekerja, Mohamad Nurazmi, 29, berkata operator kren itu ternampak buaya berkenaan sedang merangkak di kawasan lapang berdekatan jalan.

Beliau berkata, menyedari kehadiran reptilia itu operator kren terbabit memanggil pekerja lain menyebabka­n buaya itu melarikan diri ke dalam longkang besar.

“Pada mulanya, kami cuba menangkap buaya itu, tetapi selepas melihat saiznya, kami membatalka­n hasrat itu kerana bimbang ada yang akan tercedera.

Minta bantuan

“Saya kemudianny­a terus menghubung­i talian kecemasan untuk meminta bantuan pasukan penyelamat menangkap buaya itu,” katanya ketika dihubungi NSTP, di sini semalam.

Sementara itu, jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.19 pagi sebelum empat anggota dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi pada jam 10.55 pagi, anggota kami mendapati buaya itu masih berada di dalam longkang besar. Kami berjaya menangkap buaya itu dengan menjerutny­a,” katanya.

Beliau berkata, buaya itu kemudianny­a dihantar ke Pusat Hidupan Liar Matang untuk tindakan lanjut.

 ?? [ FOTO IHSAN APM ] ?? Anggota APM menangkap buaya di tapak binaan di Kuching, semalam.
[ FOTO IHSAN APM ] Anggota APM menangkap buaya di tapak binaan di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia