Berita Harian

187 MANGSA SUDAH 2 MINGGU DI PUSAT PEMINDAHAN

Imigresen prihatin nasib mangsa banjir kehilangan harta benda

- Oleh Ibrahim Isa dan Faliq Lajim

Mangsa banjir yang kehilangan atau kerosakan pasport akibat bencana itu, boleh membuat penggantia­n baharu secara percuma sekiranya memenuhi syarat ditetapkan.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali, berkata pihaknya prihatin terhadap keadaan mangsa banjir, termasuk mungkin ada dalam kalangan mereka tidak sempat menyelamat­kan dokumen penting berkenaan.

“Kami memahami mereka kerugian banyak harta benda dan ini cara kami membantu. Kami memberi peluang kepada mangsa banjir membuat pasport secara percuma, namun ada beberapa syarat dikenakan.

“Mereka perlu membuat laporan polis dan berdaftar di pusat pemindahan sementara (PPS), sekali

gus membuktika­n mereka adalah mangsa banjir.

Jenis pasport

“Beberapa perkara lain bergantung pada jenis pasport. Penjelasan boleh diperoleh di pejabat imigresen apabila mereka datang membuat pasport baharu,” katanya selepas Perhimpuna­n Setia Berjasa bulanan Jabatan Imigresen Johor di Kompleks Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) Johor di sini, semalam.

Sementara itu di Kuala Selangor, seramai 187 mangsa banjir daripada 58 keluarga ditempatka­n di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Pasangan, sejak 5 Disember lalu hingga pagi semalam.

Jumlah itu membabitka­n 40 lelaki dewasa; 54 perempuan dewasa; 28 kanak-kanak lelaki; 21 kanak-kanak perempuan; empat bayi lelaki; dua bayi perempuan, tiga lelaki orang kurang upaya; 19 warga tua lelaki dan 16 warga tua perempuan.

Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Selangor, Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor, berkata air masih belum surut akibat limpahan air sungai berikutan hujan lebat tidak menentu sejak minggu lalu.

Beliau berkata, kira-kira 50 rumah di lapan kawasan tanah rendah sekitar lokasi berkenaan terjejas.

Kawasan terjejas banjir

“Kawasan terbabit ialah Kampung Asahan Batu 8, Lorong Tebu, Lorong Pisang, Lorong Sawit Dua, Jalan Rahman Wellang, Jalan Haji Abdul Ghani, Jalan Kampung Baru dan Jalan Sawit Satu,” katanya.

Anggota agensi ditugaskan di PPS berkenaan, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Setakat laporan jam 10.30 pagi tadi (semalam), mangsa banjir terbabit masih belum dibenarkan pulang dan agensi berkaitan sentiasa menjalanka­n pemantauan di PPS, serta kawasan banjir bagi memastikan keselamata­n penduduk dan rumah mereka,” katanya.

Mereka perlu buat laporan polis dan berdaftar di PPS, membuktika­n mereka mangsa banjir” Mustafar Ali, Ketua Pengarah

Jabatan Imigresen Malaysia

 ??  ??
 ?? [FOTO IHSAN PEMBACA ] ?? Keadaan banjir di sekitar Kuala Selangor akibat limpahan air sungai berikutan hujan lebat tidak menentu sejak minggu lalu.
[FOTO IHSAN PEMBACA ] Keadaan banjir di sekitar Kuala Selangor akibat limpahan air sungai berikutan hujan lebat tidak menentu sejak minggu lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia