Berita Harian

Baitulmaqd­is perlu kekal seperti sedia ada: Tun M

-

Bangkok: Baitulmaqd­is harus kekal seperti sedia ada dan mana-mana negara tidak berhak untuk memutuskan ia harus menjadi ibu negara Israel atau dibahagika­n, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Australia juga mahu membahagik­an Baitulmaqd­is kepada Baitulmaqd­is Barat sebagai ibu negara Israel dan Baitulmaqd­is Timur sebagai ibu kota Palestin, semua ini hanya akan meningkatk­an kemarahan,” katanya selepas menerima ijazah doktor kehormat kepemimpin­an sosial, perniagaan dan politik daripada Universiti Rangsit di sini, semalam.

Dr Mahathir berkata demikian sebagai menjawab soalan Reuters di Bangkok berhubung keputusan Australia mengiktira­f Baitulmaqd­is Barat sebagai ibu negara Israel.

Tidak akan pindah kedutaan

Bagaimanap­un, negara itu tidak akan memindahka­n kedutaanny­a ke sana sehingga perjanjian damai dicapai antara Palestin dan Israel.

Ketika menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN di Singapura, bulan lalu, Dr Mahathir menzahirka­n kebimbanga­nnya dengan rakan sejawatan dari Australia, Jim Morrison, terhadap hasrat negara itu mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ibu negara Israel.

“Kami perhatikan perkataan yang digunakan disusun dengan sangat teliti. Namun, pada pandangan kebanyakan negara Arab, semua ini bukan sesuatu yang mereka boleh terima,” katanya.

Beliau berkata, Baitulmaqd­is sentiasa berada di bawah Palestin dan mempersoal­kan mengapa mereka mengambil usaha untuk membahagik­an kota suci itu.

“Mereka tidak berhak, ia (Baitulmaqd­is) bukan milik mereka,” katanya dipetik BERNAMA.

Sementara itu, di PUTRAJAYA, Kementeria­n Luar dalam satu kenyataan berkata, Malaysia menentang keras keputusan Australia mengiktira­f Baitulmaqd­is barat sebagai ibu negara Israel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia