Berita Harian

‘Pendeposit TH usah bimbang’

Tindakan pihak hantar petisyen dalam talian bersifat perkauman: Fuziah

- Oleh Mohamed Basyir

Pendeposit Tabung Haji (TH) tidak perlu bimbang terhadap keputusan kerajaan yang akan meletakkan agensi itu di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia (BNM), bermula Januari tahun hadapan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, berkata tindakan pihak melancarka­n petisyen dalam talian bagi membantah keputusan itu, adalah bersifat perkauman.

Katanya, pihak terbabit sengaja mensensasi­kan perkara berkenaan dengan mengaitkan nama Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, yang kononnya akan mengawal TH.

“Ini adalah tindakan yang tidak bertanggun­gjawab, mengapa tidak lihat Kementeria­n Kewangan ini juga di bawah Perdana Menteri? Mengapa hanya sasarkan Guan Eng?

Kelirukan rakyat

“Mereka ini berniat jahat, mereka gunakan isu ini untuk kelirukan masyarakat dan gunakan isu perkauman. Ini tidak baik untuk negara kita,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Mutiara Food Bank di sini, semalam.

Terdahulu, Fuziah menghadiri majlis perasmian Koperasi Angkatan Muda Kebajikan (AMK) di Sungai Burong, Balik Pulau.

Semakan NSTP mendapati petisyen dalam talian bermula sejak empat hari lalu kini sudah memperoleh lebih 21,000 tandatanga­n orang awam.

Fuziah Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Mengulas lanjut, Fuziah berkata, peranan BNM hanyalah sebagai badan yang akan mengawal selia TH.

Katanya, sebelum ini BNM tidak boleh masuk campur dalam urusan membabitka­n TH dan perkara itu menyebabka­n sebarang salah laku dalam TH tidak dapat dikesan.

Perlu kawal selia

“BNM adalah badan yang mengawal selia semua bank dan institusi kewangan di negara ini, jika tiada yang kawal selia tiada check and balance.

“Jadi, kita perlukan pengawal selia, siapa lagi yang lebih layak berbanding BNM?” katanya.

Isnin lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata TH akan diletakkan di bawah kawal selia BNM bermula Januari tahun hadapan bagi menambah baik tadbir urus organisasi berkenaan.

Mujahid berkata, Kabinet memberi sokongan penuhnya kepada pemulihan TH, termasuk penubuhan syarikat tujuan khas (SPV) pada bulan ini.

BNM adalah badan yang mengawal selia semua bank dan institusi kewangan di negara ini, jika tiada yang kawal selia tiada check and balance. Jadi, kita perlukan pengawal selia, siapa lagi yang lebih layak berbanding BNM?”

 ?? [FOTO MIKAIL ONG/BH] ?? Fuziah ketika lawatan pada majlis perasmian Koperasi AMK di Sungai Burong, Balik Pulau, Pulau Pinang.
[FOTO MIKAIL ONG/BH] Fuziah ketika lawatan pada majlis perasmian Koperasi AMK di Sungai Burong, Balik Pulau, Pulau Pinang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia