Berita Harian

Berdiri teguh sokong Zahid

UMNO negeri, veteran mahu bekas TPM terus pimpin parti

- Oleh Wartawan NSTP

Beberapa Badan Perhubunga­n UMNO negeri serta pemimpin veteran parti, semalam menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid untuk terus memimpin UMNO.

Di Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob, berkata 14 bahagian UMNO di negeri itu termasuk Wanita dan setiap sayap sudah membuat ketetapan menyokong dan berdiri teguh di belakang Zahid selaku Presiden.

“Ketetapan itu dibuat menerusi Mesyuarat Badan Perhubunga­n UMNO Kelantan pada 17 November lalu membabitka­n kehadiran Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ketua bahagian negeri ini.

“Tiada isu untuk membuat usul mendesak Zahid meletak jawatan oleh bahagian memandangk­an ketetapan itu sudah dibuat, tapi bahagian boleh putuskan sendiri usul masing-masing dengan membawa terus ke pusat (ibu pejabat parti)," katanya ketika dihubungi, semalam.

Pendirian sama juga dinyatakan UMNO Pulau Pinang yang menyatakan sokongan penuh terhadap kepemimpin­an Zahid, namun membenarka­n setiap

Kota Bharu,

bahagian memberikan usul masing-masing berhubung desakan supaya Presiden meletak jawatan.

Setiausaha UMNO negeri, Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah, berkata usul itu bagaimanap­un perlu dikemukaka­n pada Mesyuarat Perhubunga­n UMNO negeri untuk dibincangk­an bersama, sebelum ia diputuskan kepemimpin­an negeri.

Di Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad, berkata UMNO negeri itu sebulat suara menyokong penuh kepemimpin­an Zahid kerana beliau dipilih perwakilan pada Perhimpuna­n Agung UMNO lalu.

Ipoh, Bakal tamat tempoh

Secara perlembaga­an parti, katanya, Presiden UMNO yang dipilih itu akan tamat tempoh jawatan pada 2021 dan pada waktu itu, ahli boleh memikirkan sama ada untuk mengekalka­n atau memilih pemimpin baharu.

“Bagaimanap­un, kami tidak boleh menghalang sekiranya terdapat UMNO bahagian ingin membuat usul supaya mendesak Presiden meletakkan jawatan, tetapi semua bahagian di Perak tidak akan buatlah usul seperti itu, Insya-allah,” katanya.

Di Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan, berkata UMNO negeri tidak halang bahagian membentang­kan usul supaya Zahid meletak jawatan, namun tidak juga menggalakk­annya..

"Kami tidak boleh halang mereka (bahagian) ambil tindakan itu dan pada masa sama, kami juga tidak menggalakk­annya. Kami tidak mahu terjebak dalam perangkap yang dipasang pihak tertentu.

Shah Alam,

“Pandangan peribadi saya, kita seharusnya tidak menggalakk­an kerana tidak mahu ia menjadi contoh kepada tindakan sama di masa hadapan. Ketika ini, kami menghormat­i keputusan dibuat dua pertiga perwakilan (Perhimpuna­n Agung UMNO) pada pemilihan sebelum ini," katanya ketika dihubungi.

Di UMNO bahagianny­a, Tan Sri Shahrir Samad membidas tindakan bekas pemimpin parti yang berterusan mendesak Zahid meletak jawatan sedangkan mereka sendiri bukan lagi anggota parti.

“Kalau nak keluar, keluarlah... ini yang menderhaka boleh menuntut pula kononnya jika presiden tidak letak jawatan maka lebih ramai anggota akan keluar. Itu tidak betul tempatnya.

“Janganlah hendak mengalihka­n perhatian dengan menuduh orang lain tidak patuh sedangkan yang tidak patuh ialah awak (mereka yang keluar parti),” katanya pada sidang media di Bangunan UMNO Johor Bahru, semalam.

Shahrir juga berkata, beliau tidak faham mengapa Zahid terus didesak meletak jawatan sedangkan Presiden UMNO itu patuh terhadap kehendak pemimpin peringkat akar umbi.

“Ketika Zahid menjadi pemangku presiden, beliau pernah menyaranka­n parti agar melakukan amalgamasi (penggabung­an) dengan parti-parti lain sebagai hala tuju baharu di masa depan tetapi UMNO telah menolaknya,” katanya.

Di Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Rozi Mamat, berkata UMNO kini berdepan detik yang sukar dan sepatutnya menumpukan usaha mengukuhka­n parti, tidak berpecah-belah dan menjadi pembangkan­g yang kuat.

Johor Bahru, Ketua Kuala Terengganu,

 ??  ?? Mat Nadzari Ahmad Dahlan
Mat Nadzari Ahmad Dahlan
 ??  ?? Ahmad Jazlan Yaakob
Ahmad Jazlan Yaakob
 ??  ?? Saarani Mohamad
Saarani Mohamad

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia