Berita Harian

‘Ada gerakan beli wakil rakyat Pahang’

-

Bukit Fraser: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata sudah ada gerakan membeli Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pahang untuk berpaling tadah menjatuhka­n Barisan Nasional (BN) di negeri itu.

Beliau berkata, pihak yang menjadi ‘gunting dalam lipatan’ itu mengugut dan memujuk Ahli Parlimen serta ADUN supaya kerajaan BN di Pahang tumbang.

“Saya ingatkan orang Pahang sudah ada gunting dalam lipatan. Saya tidak menuduh, tetapi kita harus berhati-hati.

Perlu bendung

“Kita harus membendung supaya Ahli Parlimen dan ADUN di Pahang tidak berpindah ke sebelah sana sebab sudah ada yang berjumpa dengan orang itu (tidak memaklumka­n nama).

“Saya bekas menteri yang pernah menjaga polis dan askar. Saya beritahu ini, jadi saya ingin ingatkan kita perlu berhati-hati. Usaha sudah dibuat, perjumpaan pun sudah ada. Saksi dalam perjumpaan itu pun ada, maka kita perlu pertahanka­n supaya mereka ini kekal dengan BN,” katanya pada program Retreat UMNO Bahagian Temerloh, seperti dilaporkan portal UMNO Online, semalam.

Ahmad Zahid berkata, sebelum nasi menjadi bubur, kepimpinan UMNO Pahang perlu melakukan sesuatu kerana ‘mereka di sebelah sana’ bertindak sangat licik.

“Saya beri contoh kejatuhan Melaka ketika ketika Portugis menyerang, semua disebabkan maklumat dalaman.

“Jangan risau pasal saya… apapun keputusan saya (untuk kekal sebagai Presiden), saya tetap akan kekal bersama UMNO kerana saya mahu melihat UMNO terus relevan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia