Berita Harian

Aminuddin nafi bincang lantik Rafizi jadi Senator

-

Seremban: Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun menafikan dakwaan yang viral di laman sosial Facebook dan Whatsapp kononnya kerajaan negeri akan melantik Mohd Rafizi Ramli sebagai Senator dari negeri ini.

“Maklumat itu tidak betul dan tiada perbincang­an seperti itu dibuat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurn­akan Program Kembali Ke Sekolah Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Dewan Orang Ramai Sikamat di sini, semalam.

Viral di FB, Whatsapp

Dua hari lalu, viral di Facebook dan WhatsApp kononnya pada Mesyuarat EXCO Rabu lalu, Aminuddin mencadangk­an Mohd Rafizi sebagai Ahli Dewan Negara mewakili negeri ini.

Pelantikan itu atas cadangan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanap­un, tiada keputusan dibuat berikutan sebahagian EXCO menolak cadangan itu.

Aminuddin kononnya dikatakan akan membawa cadangan itu pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.

Sementara itu, ditanya mengenai permintaan ahli Parlimen pembangkan­g dari negeri ini yang mahu menyertai PKR atau Pakatan Harapan (PH), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat itu berkata, perkara berkenaan hanya akan diputuskan pada peringkat pimpinan tertinggi.

“Saya tidak boleh kata saya terima kerana pimpinan parti yang tentukan dan di peringkat negeri kita tidak membincang­kan perkara ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia