Berita Harian

Ramai pimpinan bahagian UMNO mahu sertai AMANAH

Mat Sabu perjelas sudah ada nyatakan hasrat tetapi enggan beri peratusan

- Oleh Shaarani Ismail shaarani@nstp.com.my

Semakin ramai kalangan pimpinan UMNO khususnya pada peringkat bahagian menyatakan hasrat menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH), kata Presidenny­a, Mohamad Sabu.

Beliau berkata, ia berikutan keadaan UMNO kini yang dilihat semakin runtuh.

“Kita akan lihat kes demi kes (untuk mereka sertai AMANAH), kita akan lihat siapa mereka dan saya tak nak menyebut nama sesiapa, tetapi siapa yang mahu sertai AMANAH kita akan bincang setiap mereka.

“Pada peringkat Majlis Tertinggi UMNO (MKT) masih belum ada (untuk menyertai AMANAH), tetapi ada pemimpin peringkat bahagian sudah menyatakan hasrat bersama kami dan kita tak boleh beri peratusann­ya (yang sudah berbincang).

“Saya ingat mereka (UMNO) sekarang ini sedang runtuh di seluruh negara,” katanya selepas menyampaik­an ucapan penggulung­an pada Konvensyen Nasional AMANAH 2018 di sini, semalam.

Yang hadir sama, Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Salahuddin Ayub dan Penasihat Am AMANAH, Datuk Seri Ahmad Awang.

Terdahulu dalam ucapan penggulung­annya, Mohamad berkata, ada dalam kalangan pemimpin dan ahli UMNO kini dilihat sedang mengintai-intai dan memohon menyertai AMANAH.

Beliau berkata, AMANAH perlu menjaga hubunganny­a dengan Pakatan Harapan (PH) dan menginsafi apa yang sudah berlaku terhadap Barisan Nasional (BN).

“MCA ada satu kerusi Parlimen, MIC tinggal dua dan satu lagi bakal hilang di Cameron Highlands, GERAKAN entah ke mana, PPP tak tahu ada atau tidak lagi.

Tulang belakang UMNO sudah patah

“Tulang belakang sekarang ini (UMNO) sudah patah dan sakit pinggang, setiap hari ada yang umum keluar parti...kita alualukan mereka yang keluar itu sertai AMANAH, tetapi kita lihat kes demi kes,” katanya.

Katanya, dengan perkembang­an ketika ini juga, pihaknya yakin penerimaan masyarakat terhadap AMANAH dilihat sudah semakin baik dan yakin dapat menawan Kelantan pada pilihan raya akan datang berikutan sambutan ditunjukka­n.

Terdahulu, Mohamad memohon maaf kepada perwakilan kerana ucapannya yang sudah tidak lagi menyengat dan sedap didengar kerana sudah menjadi kerajaan, selain beberapa kekangan khususnya jawatan Menteri Pertahanan yang dipegang ketika ini.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Mohamad berucap pada sesi penggulung­an pada Konvensyen Nasional AMANAH 2018 di Ipoh, semalam.
[FOTO BERNAMA] Mohamad berucap pada sesi penggulung­an pada Konvensyen Nasional AMANAH 2018 di Ipoh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia