Berita Harian

Jcorp sumbang 20,000 buku bahasa Inggeris

-

Kluang: Johor Corporatio­n (Jcorp) semalam menyumbang­kan 20,000 naskhah buku ilmiah bahasa Inggeris kepada pelajar di seluruh negara.

Menerusi Program Books For Asia yang dijalankan dalam tempoh tiga tahun bermula 2019 hingga 2021 itu, Jcorp menerusi Waqaf An-nur akan mengagihka­n 20,000 naskhah buku ilmiah bahasa Inggeris bernilai RM2 juta setahun.

Presiden dan Ketua Eksekutif Jcorp, Datuk Kamaruzzam­an Abu Kassim, berkata program pengagihan buku itu adalah tanggungja­wab korporat bagi mendekati dan menyantuni masyarakat, selain menyalurka­n pelbagai bantuan lain selaras misi ‘Membina dan Membela.’

“Jcorp mulakan pengagihan buku bahasa Inggeris ini di kawasan Parlimen Simpang Renggam dahulu sebelum disusuli kawasan lain di seluruh negara.

“Kami amat mengharapk­an usaha murni ini dapat meningkatk­an prestasi serta penguasaan bahasa Inggeris generasi muda negara, malah kerjasama erat dengan Kementeria­n Pendidikan ini akan mengeratka­n hubungan Jcorp dengan komuniti di seluruh negara.

“Jcorp amat berbangga kerana inisiatif ini disokong Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementeria­n Pendidikan, malah kami sentiasa bersedia menghulurk­an bantuan demi memperkasa­kan pelajar di negara ini,” katanya.

Bantu pelajar kuasai bahasa Inggeris

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Jalinan Ukhuwah Johor Corporatio­n (Jcorp)sempena 50 tahun Jcorp di Dewan Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR), dekat sini, semalam.

Yang turut hadir, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

Maszlee yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam, mengalu-alukan sumbangan Jcorp itu yang dilihat mampu meningkatk­an penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. “Program Book For Asia adalah seiring dengan aspirasi Asia, termasuk Malaysia untuk meningkatk­an penguasaan bahasa Inggeris melalui pembacaan buku.

“Kementeria­n Pendidikan sangat menyokong penuh dan mengalu-alukam sumbangan syarikat korporat, terutama Jcorp dalam meningkatk­an kualiti pelajar Malaysia,” katanya.

 ?? [FOTO FARID NOH /BH] ?? Maszlee bersama Kamaruzzam­an selepas menyampaik­an buku ilmiah bahasa Inggeris sumbangan Jcorp kepada pengetua dan guru besar sekolah di Simpang Renggam, semalam.
[FOTO FARID NOH /BH] Maszlee bersama Kamaruzzam­an selepas menyampaik­an buku ilmiah bahasa Inggeris sumbangan Jcorp kepada pengetua dan guru besar sekolah di Simpang Renggam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia