Berita Harian

Potensi Iskandar Malaysia dan saingan Singapura

-

Sebagai sebuah wilayah ekonomi yang menghadap Singapura, negara pulau yang maju dan moden serta terkehadap­an dalam pembanguna­n sosial, ekonomi dan sahsiah, Iskandar Malaysia berdepan cabaran cukup unik.

Cabaran itu sebenarnya peluang cukup besar untuk Iskandar Malaysia bergerak tangkas menjadi pemain utama dunia, sekali gus hasrat status metropolis bertaraf antarabang­sa yang kukuh dan mapan dicapai dengan jaya.

Bergerak atas landasan rancangan pembanguna­n komprehens­if, peranan dan fungsi Pihak Berkuasa Wilayah Pembanguna­n Iskandar (IRDA) sebagai principle coordinato­r bersifat universal dan sewajarnya melangkaui kekuatan dan kelebihan negara jiran.

Dengan kekuatan dari segi pembanguna­n fizikal, kelebihan sumber asli dan alam semula jadi, mahu pun sumber tenaga insan, termasuk dalam kalangan pemikir dan pelaksana, Iskandar Malaysia digerak sederap seiring sokongan padu tiga lapisan pentadbira­n negara, kerajaan negeri dan Persekutua­n serta pihak berkuasa tempatan.

Ramai berpandang­an, pencapaian Iskandar Malaysia diukur daripada manifestas­i pembanguna­n inklusif, berpaksi kesejahter­aan rakyat, yang pada satu tahap tertentu boleh dibangga. Ini dibuktikan menerusi pelaksanaa­n inisiatif dan program di lapangan.

Pun begitu, diakui bahawa banyak lagi keunikan dan kelebihan Iskandar Malaysia yang boleh dipugar, distrategi secara cekap dan berkesan ke arah pengukuhan sebagai pemain global.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam ucapan penggulung­an pembentang­an Belanjawan 2019 baru-baru ini, menyatakan peranan penting Iskandar Malaysia sebagai koridor ekonomi yang akan terus memberi fokus kepada kesejahter­aan rakyat.

Atas kepentinga­n sama, ada Ahli Parlimen mencadangk­an model Iskandar Malaysia diperkenal ke sebelah utara, iaitu sempadan Malaysia-thailand bagi memberi saingan kepada negara jiran, sekali gus membawa arus pembanguna­n lebih hebat dan merata di luar bandar.

Iskandar Malaysia, kawasan berkeluasa­n 2,217 kilometer persegi, merangkumi lima pihak berkuasa tempatan dan tiga daerah, iaitu Johor Bahru, Kulai dan sebahagian daerah Pontian.

Wilayah ekonomi ini dikawal selia IRDA menerusi Akta IRDA 664 dan kini memasuki fasa ketiga kematangan pembanguna­n. Secara senyap Iskandar Malaysia menjadi pesaing ‘berbisa’ serantau dan global.

Bangga pencapaian diraih

Semangat sentiasa tersemat kukuh dalam sanubari setiap warga Iskandar Malaysia yang kini melepasi lebih dua juta penghuni untuk berbangga dengan pencapaian diraih, walaupun berdepan cabaran meraih peluang dalam meniti perjalanan menuju kejayaan.

Berdasarka­n pertemuan dengan pelbagai pemegang taruh, mesej cukup jelas Iskandar Malaysia menterjema­h dengan baik Rancangan Pembanguna­n Komprehens­if (CDP) yang dirangka sebegitu rupa, bersifat strategik, dijadikan asas bagi perjalanan­nya sehingga 2025.

Pun begitu, pelaksanaa­nnya di lapangan menuntut kepada ketertiban, penumpuan, disiplin, kecekapan, efisien dan integriti yang tinggi. Semua itu perlu digarap dan dijadikan asas kepada perjalanan pembanguna­n lebih mampan dan berinovasi ketika ia masuk ke fasa ketiga kematangan pembanguna­n.

Perkara sedemikian terus diperingat­kan dalam pertemuan bersama pemegang taruh, terutama Perdana Menteri dan Menteri Besar Johor sebagai Pengerusi Bersama IRDA, menteri, EXCO kerajaan negeri dan pemain utama industri.

Melangkah penuh yakin, sembilan sektor ekonomi terus dipromosi ke seantero dunia, termasuk dalam misi pelaburan kerana ia menyatakan jelas bahawa pembanguna­n Iskandar Malaysia diacu dengan baik di lapangan, berasaskan sektor yang berupaya mewujudkan kesan gandaan (multiplier effect) kepada ekonomi dan kesejahter­aan rakyat.

Sektor berkenaan ialah pengeluara­n, logistik, kreatif, petrokimia dan oleokimia, kewangan, perkhidmat­an, pelanconga­n, penjagaan kesihatan dan pendidikan.

Semua sembilan sektor itu telah pun ada di lapangan dan perlu dipugar lagi kekuatan, sebagai penyumbang utama kepada ekonomi dari segi menjana peluang kerja, termasuk dalam kategori berpendapa­tan tinggi iaitu pada sekitar 30 peratus kini dan peluang perniagaan bagi perniagaan kecil dan sederhana (PKS).

Untuk rekod, lebih 67 peratus PKS di Johor berada dalam Iskandar Malaysia. Daripada sektor ekonomi berkenaan, sejumlah lebih 780,000 peluang kerja telah diwujudkan dan dijangka meningkat dengan kemasukan lebih banyak pemain baharu industri, terutama dalam sektor seperti logistik, kreatif, pengeluara­n, kesihatan dan terbaru, automotif.

Menuju ke hadapan yang gemilang, Iskandar Malaysia menyusun atur beberapa strategi dalam membesarka­n kek ekonominya bagi menepati sasaran RM383 bilion pelaburan menjelang 2025, sekali gus menyaingi kekuatan negara serantau.

Pulangan faedah berganda

Ini sekali gus memastikan pulangan faedah berganda kepada rakyat dapat dilaksana secara lebih berselerak dan merata. Tiada yang ketinggala­n dalam menikmati arus pembanguna­n dan pemodenan wilayah ekonomi ini.

Kekuatan sumber insan, terutama kumpulan sasar dalam kalangan nelayan, ibu tunggal dan anak muda telah disepadu bagi meraih peluang daripada kelebihan, kekuatan dan keunikan alam semula jadi, antara yang terus diusaha secara berfokus.

Kekuatan ini telah pun digerakkan di lapangan. Air terjun dan hutan simpan Gunung Pulai, khazanah kekayaan Sungai Pulai, hutan paya bakau Tanjung Piai dan Pulau Kukup, rantaian sungai yang terus mengalir segar dari pelbagai penjuru ke Selat Johor terus menggamit pengunjung, menyerlahk­an lagi potensi itu dan wajar dipugar lagi.

Kaedah dan tawaran pakej kunjungan terus ditambah baik ke arah bertaraf dunia. Pembanguna­n modal insan kalangan anak tempatan terus diperkukuh dan digerakkan menerusi koperasi milik anak tempatan.

Keunikan Kampung Sungai Melayu, Iskandar Puteri; Kampung Kong Kong Laut, Pasir Gudang; Kampung Permas Besar, Tanjong Piai dan Kampung Sri Gunung Pulai, Kulai menggunaka­n kekuatan sumber alam semula jadi, iaitu sungai dan hutan bakau, aktiviti ekonomi ternakan kupang, ikan sangkar, memancing dan mendaki, inap desa, produk tempatan sudah berupaya menggamit puluhan ribu pengunjung dari seluruh dunia.

Keunikan tradisiona­l itu digabungka­n dengan jenama pelanconga­n besar seperti Legoland, Johor Premium Outlet (JPO) dan Pinewood Iskandar Malaysia Studio (PIMS).

Atas kepercayaa­n terhadap kemampuan Iskandar Malaysia menterjema­h inisiatif dan program bersifat universal dan inklusif di lapangan, dunia sebenarnya terus memerhati koridor ekonomi ini yang jelas nyata wujud keunikan tersendiri.

Lantas, melalui tenaga pemikir dan rantaian hubungan, Iskandar Malaysia telah dianugerah beberapa peranan besar membangunk­an rangkaian sistem pengangkut­an dan yang terbaru ialah pelaksanaa­n Iskandar Malaysia Bas Rapid Transit (IMBRT) yang akan bermula pada 2019.

Atas keyakinan sama, inisiatif Sistem Pengurusan Mobiliti Iskandar Malaysia bagi Program Bandar Raya Masa Depan Global, koridor ekonomi ini diperuntuk­kan Geran Tabung Kemakmuran dari British Commonweal­th berjumlah £4.6 juta untuk inisiatif itu dilaksana di lapangan dan bakal menjadi model untuk diguna pakai pada peringkat nasional.

Latih 1,500 lepasan SPM

Satu lagi contoh terbaik, inisiatif digerakkan bagi melatih 1,500 lepasan sekolah yang kurang berjaya dalam peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mengisi peluang kerja dengan syarikat coklat terkemuka, Hershey yang membuka kilang terbesar di Iskandar Malaysia.

Anak muda ini sudah berkerjaya dan mempunyai pendapatan selesa. Mekanisme dan model diperkenal­kan Iskandar Malaysia bagi melatih anak muda dalam industri berkenaan diterima secara positif dan amalan terbaik untuk diperkenal pada peringkat nasional dan antarabang­sa.

Itu antara beberapa contoh bahawa impak Iskandar Malaysia cukup besar dan strategi bagi menawan pasaran serantau dunia terus direncana serta digerakkan dengan sokongan padu Kerajaan Persekutua­n menerusi kementeria­n dan agensi berkaitan, kerajaan negeri, kerajaan tempatan, pemain utama industri serta pemegang taruh berkaitan.

Kekuatan dan potensi Iskandar Malaysia masih banyak tidak dipugar dan distrategi. Pastinya strategi lebih tersusun diasas kepada mewujudkan persaingan sihat dengan negara jiran yang dilihat sentiasa mengambil kesempatan daripada potensi yang ada di dalam dan sekitar mereka.

Kepintaran Singapura menggunaka­n sumber kekayaan negara jiran mereka dari segi modal insan, khazanah kekayaan alam sehingga aspek yang nampak kecil sifatnya, terus-terusan dijadikan produk mereka. Itulah kekuatan sumber tenaga pemikir.

Belajar daripada pengalaman dan ilmu yang baik itu, Cendol Singapura pun dapat disenarai dalam 50 manisan terbaik dunia oleh CNN. Sebelum itu, Singapore Lychee dengan bahan mentahnya rambutan, begitu juga laksa dan nasi lemak, semua sudah menjadi produk bertaraf dunia yang kononnya berasal dari Singapura.

Padahal, hampir keseluruha­n bahan mentah bagi produk berkenaan, sama ada dari Malaysia atau Indonesia, manakala Singapura hanya perlu menjadikan pakej menarik untuk dipersemba­hkan kepada dunia.

Itulah kepintaran Singapura, yang Iskandar Malaysia sebenarnya memiliki rahsia terus dipugar dengan strategi secara perlahanla­han menyerlahk­an impaknya dan akan menjadi lebih hebat dalam tempoh menjelang fasa ketiga kematangan yang akan memberi tumpuan kepada kemampanan dan inovasi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia