Berita Harian

Asuh pelajar urus emosi, celik akal

-

Pelbagai gelagat dapat disaksikan dalam cara pelajar meraikan hari terakhir peperiksaa­n Sijil Peperiksaa­n Malaysia (SPM).

Aksi dan kelakuan sedemikian bukan sahaja selepas SPM 2018 berakhir baru-baru ini, sebaliknya sudah lama menjadi budaya dalam kalangan pelajar Tingkatan 5 secara sedar mahupun tidak.

Dalam konteks pendidikan di Malaysia, SPM peperiksaa­n kebangsaan peringkat menengah atas untuk mengukur aras pemikiran, kebolehan dan kemahiran pelajar dalam subjek tertentu.

Namun, bagi seorang pelajar, SPM dianggap peperiksaa­n ‘besar dan penting’ yang menentukan hala tuju kehidupan mereka selepas tamat persekolah­an.

Mereka juga berpandang­an bahawa SPM adalah kunci untuk memerdeka atau membebaska­n diri daripada segala bentuk pendidikan di sekolah yang menekan diri selama 12 tahun.

Peranan guru, ibu bapa

Kepercayaa­n sebegini mendorong pelajar untuk melakukan aktiviti yang menarik dan seronok sebagai ganjaran kepada diri sendiri sebaik sahaja tamat peperiksaa­n berkenaan.

Sebahagian pelajar meraikanny­a dengan sujud syukur dan solat sunat seperti digalakkan oleh Islam, namun sebahagian lagi memilih meraikan kejayaan dengan cara agresif dan ofensif seperti yang tersebar dalam video dan gambar menerusi pelbagai platform media sosial, baru-baru ini.

Sikap dan perlakuan ditonjolka­n sebahagian pelajar ini menimbulka­n pelbagai persoalan dalam kalangan masyarakat sehingga mempertika­ikan peranan dan tanggungja­wab guru di sekolah dalam membentuk pelajar yang mempunyai kesedaran sivik dan bertanggun­gjawab.

Masyarakat juga berpandang­an bahawa sistem pendidikan yang diikuti oleh pelajar selama ini gagal untuk mencapai satu daripada objektif falsafah pendidikan, iaitu melahirkan pelajar berakhlak mulia dan berketeram­pilan.

Dari sudut berbeza, masyarakat turut mempersoal­kan peranan dan tanggungja­wab ibu bapa dalam memantau sikap dan perlakuan anak selepas tamat alam persekolah­an.

Kawal pergaulan anak

Ibu bapa seharusnya mengawal pergaulan anak dan memastikan tingkah laku mereka tidak memberi kesan kepada keharmonia­n dan keselamata­n awam.

Persoalan yang timbul berkaitan isu ini perlu diambil berat oleh semua pihak.

Kebimbanga­n yang dizahirkan oleh masyarakat memberi mesej bahawa sistem pendidikan di sekolah perlu memberi penekanan terhadap pembanguna­n rohani dan akhlak pelajar tanpa mengira kaum dan agama.

Kolaborasi guru dan ibu bapa dalam memantau perkembang­an pelajar perlu ditingkatk­an supaya pelajar celik akal dan panduan mengurus emosi serta tingkah laku.

Selain itu, pelajar menengah atas, terutama yang bakal menamatkan persekolah­an perlu bertindak rasional dalam melakukan apa sahaja aktiviti, sama ada di dalam atau di luar sekolah.

Sikap dan tingkah laku mereka akan menjadi ikutan pelajar lain, terutama yang lebih muda.

Pelajar juga hendaklah menanam nilai positif dalam diri, memilih rakan yang baik dan mempengaru­hi rakan lain ke arah kebaikan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia