Berita Harian

Kes tembakan rambang, kanak-kanak diculik, rogol

-

Angkara manusia

Pada 14 Februari, suasana tenang di Sekolah Tinggi Marjory Stoneman Douglas di Parkland, Florida, AS bertukar menakutkan apabila 17 pelajar dan petugas sekolah terbunuh dalam kejadian tembakan rambang.

Penyerang, Nikolaz Cruz adalah bekas pelajar sekolah berkenaan dan ditahan di Coral Springs oleh pejabat Sherif Broward County selepas lari dari lokasi kejadian. Cruz mengaku melakukan semua pembunuhan itu, didakwa atas 17 pertuduhan pembunuhan dirancang serta 17 cubaan membunuh.

Tragedi terbabit adalah kejadian tembakan rambang terburuk pernah berlaku di sekolah dalam sejarah AS, mengatasi pembunuhan Sekolah Tinggi Columbine pada 20 April 1999 yang meragut 15 nyawa termasuk penembak itu sendiri.

Satu lagi insiden tembakan rambang menggegark­an AS berlaku lapan bulan selepas itu apabila 11 pengikut Yahudi dibunuh ketika mengikuti upacara keagamaan di rumah ibadat kaum terbabit di Pittsburgh pada 27 Oktober. Penyerang dikatakan melaungkan slogan anti Yahudi sebelum melepaskan tembakan.

Kekejaman manusia

Kekejaman manusia sememangny­a tiada batas.

Pada 4 Januari, seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, Zainab Ansari hilang selepas ke kelas mengaji al-quran berdekatan rumahnya di Kasur, Pakistan.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukka­n kanak-kanak malang itu dibawa seorang lelaki berjambang di Jalan Peerowala, Kasur. Mayat mangsa hanya ditemui lima hari selepas hilang, iaitu pada 9 Januari, berkeadaan bogel dalam timbunan sampah.

Bedah siasat mendapati mangsa diperkosa berkali-kali dan dicekik sehingga mati. Tidak cukup setakat itu, dia diseksa dari hari diculik sebelum akhirnya menemui ajal.

Tunjuk perasaan besar-besaran

Susulan itu, tunjuk perasaan besarbesar­an tercetus di Kasur dan beberapa bandar utama negara berkenaan, mendesak pihak berkuasa bertanggun­gjawab kerana tidak mengambil sebarang tindakan selepas laporan kehilangan Zainab dibuat bapa saudaranya.

Selepas dua individu ditahan untuk siasatan lanjut, dua penunjuk perasaan cuba memecah masuk balai polis memaksa empat anggota pasukan menembak mati mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia