Berita Harian

Kerajaan pecah monopoli industri telur

KPDNHEP ambil langkah drastik kawal harga jangka panjang

- Oleh Petah Wazzan Iskandar wazzan@nstp.com.my

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melaksanak­an langkah drastik memecahkan monopoli atau kartel, dalam industri telur yang menjadi amalan perdaganga­n sejak berpuluh tahun lalu.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata pihaknya sudah menubuhkan jawatankua­sa untuk mengkaji kaedah terbaik mengatasi amalan perdaganga­n yang tidak berpihak kepada rakyat, sebagai usaha mengawal harga telur dalam jangka panjang.

Beliau berkata, pihaknya mengetahui berlaku masalah monopoli dan kartel dalam industri pengeluara­n telur, yang kebanyakan terikat dengan harga dari negara jiran.

“Keputusan ini dibuat bagi menjaga permasalah­an berjuta rakyat Malaysia berbanding 26 pedagang dalam industri telur.

“Rakyat terpaksa menanggung beban sedangkan pedagang terbabit mengaut keuntungan berjuta ringgit.

Buka peluang sektor swasta

“Dengan ada jawatankua­sa terbabit, kita berhasrat menjalin hubungan bersama sektor swasta yang berminat dalam industri telur negara, sekali gus memecah monopoli dan amalan kartel,” katanya selepas program jualan rakyat Parlimen Pokok Sena di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu kenaikan harga telur yang tidak pernah selesai dan dikatakan didalangi mereka yang memonopoli industri terbabit.

Isnin lalu, Saifuddin dilaporkan mahu meneliti keperluan menghentik­an atau mengehadka­n eksport telur ayam, berikutan kenaikan harga dalam pasaran domestik kerana membenarka­n eksport ke negara seperti Singapura, Hong Kong dan Mauritius.

Sementara itu, Saifuddin berkata, pihaknya mendapati ada 26 pedagang tempatan mengimport makanan ternakan dari Brazil dan Argentina sejak berpuluh tahun lalu, dengan nilai import sekitar RM35 bilion setahun membabitka­n urusan perdaganga­n dibuat di Singapura.

Katanya, urusan itu termasuk dari segi kewangan, cukai dan insurans, sebelum makanan ternakan itu dibawa masuk ke Malaysia dengan pemindahan harga yang mengakibat­kan berlaku kenaikan harga ke atas produk berkenaan.

“Sementara menunggu laporan lengkap disiapkan jawatankua­sa terbabit untuk dibentangk­an ke Jemaah Menteri, kementeria­n akan pantau bekalan dengan udang-undang sedia ada, manakala penternak pula akan mengadu kos dan saya akan terus berdepan rungutan rakyat dengan harga telur meningkat.

“Perkara ini akan mengambil masa untuk dijayakan, tetapi dengan berhasilny­a usaha memecahkan monopoli terbabit, pasti ia memberi kesan jangka panjang kepada rakyat,” katanya.

 ?? [FOTO SHARUL HAFIZ ZAM /BH] ?? Saifuddin pada program jualan rakyat Parlimen Pokok Sena di Pokok Sena, semalam.
[FOTO SHARUL HAFIZ ZAM /BH] Saifuddin pada program jualan rakyat Parlimen Pokok Sena di Pokok Sena, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia