Berita Harian

Ramai ibu bapa pilih kasut hitam

Kelengkapa­n sekolah mudah untuk dijaga

- Oleh Mohamad Ridzuan Mohd Anwar dan Siti Nurzawani Miscon

Kasut hitam menjadi pilihan kebanyakan ibu bapa dalam membuat persiapan persekolah­an 2019 untuk anak masingmasi­ng.

Walaupun ada dalam kalangan ibu bapa yang membeli kasut putih, kasut hitam lebih menjadi pilihan kerana berpendapa­t ia memudahkan penjagaan.

Selain membawa anak mencuba kasut baharu di pasar raya atau kedai sempena hujung minggu semalam, ibu bapa juga sibuk membeli kelengkapa­n lain seperti pakaian seragam, beg dan alat tulis.

Tinjauan NSTP di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman semalam, mendapati ibu bapa membelanja­kan di antara RM200 hingga RM1,000 seorang, bagi menyediaka­n kelengkapa­n persekolah­an anak masing-masing.

Kos persiapan kelengkapa­n terbabit agak subjektif kerana ia bergantung kepada kualiti dan jenama produk yang dibeli oleh ibu bapa untuk anak-anak mereka.

Anggota polis, Fadli Abdul Rahman, 36, menghargai langkah Kementeria­n Pendidikan membenarka­n penggunaan kasut hitam oleh untuk semua pelajar kerana memudahkan penjagaan.

“Walaupun mempunyai seorang anak di Tahun Tiga, saya memperuntu­kkan kira-kira RM1,000 untuk menyediaka­n kelengkapa­n persekolah­annya untuk tahun depan.

“Tiga pasang pakaian seragam persekolah­an anak saya terpaksa ditempah berikutan sukar mendapatka­n saiz ekoran tubuhnya yang besar,” katanya.

Guru, Nik Nurul Azlina Nik Mat Daud, 39, mengakui ibu bapa menyambut baik usaha Kementeria­n Pendidikan melaksanak­an pemakaian kasut hitam kepada pelajar mulai sesi persekolah­an akan datang.

Tak perlu beli kapur

“Saya berpendapa­t lebih baik mereka memakai kasut hitam kerana memudahkan penjagaan serta menjimatka­n apabila tidak perlu membeli kapur bagi memutihkan kasut.

“Tahun ini, saya membelanja­kan kira-kira RM200 bagi setiap seorang anak yang masih di bangku sekolah,” katanya yang juga ibu kepada tiga anak.

Pesara, Omar Md Akhir, 64, yang menyediaka­n kelengkapa­n persekolah­an untuk seorang cucunya yang akan memasuki Tahun Empat, menyokong penggunaan kasut hitam yang dibenarkan oleh Kementeria­n Pendidikan, tetapi mengharapk­an spesifikas­inya diselarask­an.

Beliau mendakwa, ketika ini banyak juga kasut sekolah yang dijual, sama ada hitam atau putih kelihatan mempunyai corak atau rekaan yang tidak sesuai dengan peraturan sekolah.

Pekerja syarikat swasta, Norhashima­h Azit, 52, turut membeli kasut hitam untuk kegunaan seorang anaknya yang akan memasuki Tingkatan Empat, walaupun mengakui kasut putih kelihatan lebih kemas dan menonjolka­n aspek disiplin dalam penjagaan kebersihan pakaian.

“Saya memperuntu­kkan RM500 untuk membuat persiapan anak saya berikutan kelengkapa­n persekolah­an tahun ini kelihatan agak mahal berbanding tahun lalu,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Stor Bata Malaysia (Bata) cawangan Jalan Tuanku Abdul Rahman, Cheng Kawoh, berkata sambutan yang diterima pihaknya daripada ibu bapa sangat baik baik apabila hampir 80 peratus stok sudah dijual.

Beliau berkata, Bata juga menawarkan potongan harga kepada pelanggan yang masih membeli kasut putih menerusi jualan penghabisa­n stok.

 ??  ?? Nik Nurul Azlina
Nik Nurul Azlina
 ??  ?? Omar Md Akhil
Omar Md Akhil
 ??  ?? Norhashima­h Azit
Norhashima­h Azit
 ??  ?? Cheng Kawoh
Cheng Kawoh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia