Berita Harian

Syor potong 20 peratus gaji asas pekerja asing dikaji

Jawatankua­sa akan teliti cadangan, mekanisme, kaedah pelaksanaa­n

- Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof

Jawatankua­sa teknikal Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC) akan mengkaji cadangan pemotongan 20 peratus daripada gaji asas pekerja asing sebelum ia dilaksanak­an.

Menteri Sumber Manusia, M Kulasegara­n, berkata jawatankua­sa itu akan mengemukak­an kajian dan laporan kepada kementeria­n sebelum dibentang kepada umum pada 29 Januari depan.

Antara lain, katanya, jawatankua­sa terbabit akan meneliti cadangan dan mekanisme serta maklumat berhubung kaedah pelaksanaa­nnya.

Cadangan menyeluruh

“Kita melihat cadangan menyeluruh dan berharap dapat diumumkan pada 29 Januari depan,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat NLAC di Parlimen, semalam.

Mesyuarat kira-kira dua jam itu turut dihadiri Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda dan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul Halim Mansor.

Kulasegara­n berkata, cadangan itu antara lain bertujuan memastikan pekerja asing memiliki simpanan apabila pulang ke negara masing-masing.

Katanya, kebanyakan pekerja Menteri Sumber Manusia asing terbabit adalah dalam kategori B40 ke bawah.

“Kita perlu memastikan mereka mempunyai simpanan dibawa pulang ke negara asal.

“Bagaimanap­un, saya tidak mendesak dan ini hanya cadangan,” katanya.

Kelmarin, beliau mengumumka­n cadangan pemotongan gaji 20 peratus daripada gaji asas pekerja asing di negara ini.

Lindungi, cegah larikan diri

Katanya, ia antara lain bertujuan melindungi pekerja asing dan mencegah mereka daripada melarikan diri.

Pada perkembang­an lain, Kulasegara­n berkata, 21,532 pekerja yang kehilangan pekerjaan dari 1 Januari hingga 7 Disember tahun ini, memohon Sistem Insurans Pekerjaan (EIS).

Sepanjang tempoh itu, katanya, Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) membayar faedah sementara RM600 sebulan bagi tempoh maksimum sehingga tiga bulan, berjumlah RM16.1 juta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia