Berita Harian

Sistem khas sekat laman sesawang pornografi

-

Kuala Lumpur: Agensi kerajaan perlu membangunk­an sistem khas bagi memantau dan menyekat laman sesawang pornografi daripada diakses bagi tujuan negatif.

Pakar sosial, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata tidak semua pihak mengakses laman sesawang pornografi untuk memuaskan keinginan seksual mereka.

Sebaliknya, beliau berkata, ada juga sesetengah pihak yang menjadikan kandungan pornografi sebagai bahan rujukan dalam pendidikan.

“Tindakan menyekat laman sesawang pornografi itu wajar, namun ia juga perlu dilihat dari sudut penggunaan positif, umpamanya yang bertujuan untuk pendidikan.

“Justeru, sistem khas ini sekiranya dibangunka­n ia boleh dijadikan platform untuk menapis kandungan ekstrim dan hanya kandungan yang tidak keterlalua­n boleh diakses untuk tujuan pembelajar­an,” katanya ketika dihubungi NSTP, di sini, semalam.

Akses di telefon pintar

Beliau diminta mengulas mengenai laporan sebuah portal yang memetik Pengarah Eksekutif, Persekutua­n Persatuan Kesihatan Reprodukti­f Malaysia (FRHAM), Syirin Junisya Mohd Ali, untuk mengawal selia laman sesawang pornografi dan bukannya menyekat.

Berdasarka­n statistik Pornhub 2017, wanita Malaysia menduduki tempat ketujuh dalam kalangan wanita yang mengakses laman sesawang berkenaan menerusi telefon pintar.

Laporan dikeluarka­n pada 7 Mac, 2017, 84 peratus daripada wanita Malaysia dan 66 peratus lelaki melihat Pornhub menggunaka­n telefon pintar.

Bagaimanap­un, Shatar juga berkata kaedah yang paling berkesan adalah untuk menerapkan nilai murni dalam kalangan masyarakat.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata laman sesawang itu perlu dipantau dan disekat kerana hukum perkara terbabit adalah haram.

“Sekiranya ia boleh disekat seratus peratus maka itu adalah yang terbaik, tetapi jika ia sebaliknya laman sesawang itu perlu dipantau.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia